Saturday, August 22, 2009

sambungan hijab dalam islam

hikmah di sebalik hijab

rasulullah S.A.W telah menerangkan bahawa wanita ialah auratnya yang mesti diselindungkan. di dalam islam, sebagaimana juga di dalam tamadun tradisional peranan wanita sebagai ibu, pembantu bagi suaminya dan pengasuh serta pendidik anak-anaknya. inilah perananya yang asasi, yang memang sesuai denganfitrah atau sifat semulajadinya.

lapangan kegiatannya yang terpenting ialah di dalam lingkungan rumahtangga. ia menolong memperkukuhkan sistem keluarga yang menjadi asas bagi sesebuah masyarakat dan peradaban. "hanya apabila ada hajat atau darurat dari segi syariat sahaja, maka barulah ia diharuskan keluar rumah, tetapi dengan menjaga peraturan-peraturan dan syarat-syarat tertentu yang ditetapkan pleh Allah S.W.T di dalam syariatnya".

wanita tidak seharusnya memainkan peranan-peranan lelaki sebagimana yang diaminkan oleh wanita-wanita moden dan tidak harus sekali-kali berkeliaran di luar rumah seperti wanita-wanita arab zaman jahiliah moden ini, baik atas nama emensipasi dan pembangaunan dan lain-lainslogan yang biasa didengar oleh orang kebanyakkan, pada zaman ini.

wanita-wanita islam memainkan peranan yang tidak kurang pentingkannya daripada lalaki, tetapi lebih banyak di sebalik tabir. dengan ini kehormatan dan kemuliaan mereka terpelihara, lelaki pun akan selamat daripada fitnah, mereka yakni terselamat dan tergoda dan kesucian hidup pun dapat dipelihara di dalam masyarakat.

Friday, July 03, 2009

interaksi antara tamadun

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

1.0 PENGENALAN

Tiap-tiap tamadun utama dunia meninggalkan cebisan-cebisan sumbangan ke atas tamadun-tamadun lain yang sezaman dengannya. Apabila sumbangan sesuatu tamadun utama itu berjaya melepasi sempadan zamannya, serta dapat pula diterima sebagai sumbangan yang bersifat sejagat oleh tamadun-tamadun lain, maka apresiasi terhadap sumbangan tersebut menjadi lebih ironis dan bermakna. Istilah tamadun yang digunakan oleh bahasa melayu ialah perkataan yang berasal daripada bahasa arab. Dalam teori antara bahasa, penggunaan istilah “tamadun” oleh bahasa melayu dikenali sebagai fenomena peminjaman. Peminjaman istilah seumpama ini adalah perkara yang tidak dapat dielakkan lagi, iaitu yang merujuk kepada faktor kewujudannya di satu pihak dan faktor ketidakwujudannya di satu pihak yang lain. Daripada sudut makna atau semantik, “tamadun” adalah kata terbitan yang berakar umbi daripada kata kerja “maddana” yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Perkataan tamadun melahirkan beberapa perkataan lain yang menjelaskan lagi kandungan maksud yang diungkapknya. Ini bermakna dalam kronologi sejarah, tamadun bukanlah perkataan tunggal dan perkataan pertama yang diperkenalkan untuk membincangkan tentang konsep pembangunan, kemajuan pencapain manusia.


2.0 PRINSIP-PRINSIP DAN KONSEP ASAS TAMADUN

Antara prinsip-prinsip asas kelahiran tamadun manusia ialah sosioekonomi iaitu kehidupan manusia yang menetap seperti yang disentuh di dalam bahagian etimologi tamadun iaitu yang merujuk kepada pengertian hadarah menjadi prinsip paling asas yang membolehkan manusia menjalani kehidupan seharian yang lebih sistematik. Seterusnya ialah interaksi antara manusia dan alam iaitu interaksi seorang manusia dengan alam sehingga mencetuskan nilai-nilai spiritual terhadap alam dan pengalaman kepada diri sendiri tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain. Sebelum terciptanya tamadun, terdapat elemen-elemen asas pembentukan tamadun. Antara elemen asas pembentukan sesebuah tamadun ialah penempatan manusia di satu atau beberapa pusat bandar yang srategik, hayat penghidupan yang stabil dan panjang, wujud organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosialisasi dan pendidikan yang teratur serta sisitematik, terdapatnya satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri yang menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian, dan pewaris khazanah ilmunya, terdapatnya undang-undang yang teratur dan beribawa untuk mengawal perlakuan dan tindak-tanduk anggota masyarakatnya dan akhir sekali ialah lahir dan berkembangnya daya kekreatifan seperti seni, sastera, falsafah dan juga meningkatnya penciptaan sains dan teknologi.


3.0 CIRI-CIRI TAMADUN

Mengikut pendapat Lucien Goldmann, unsur utama yang menjadi pembeza antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (world view/weltanschauung). Berdasarkan konsep pedagangan semesta, tamadun manusia secara tipologi dapat dibahagikan kepada empat ciri yang utama, iaitu tamadun meterialistik, tamadun intelektual, tamadun mistik dan tamadun berasaskan wahyu. Namun dalam perkembangan sesebuah, terdapat tahap-tahap peningkatannya yang boleh diukur berdasarkan dua asas utama, iaitu pencapaiannya fizikal boleh dilihat dari segi penubuhan sesebuah kerajaan atau empayar yang luas melalui penggabungannya beberapa pusat perbandaran yang berdekatan, peluasan sempadan atau melalui penaklukan. Seterusnya ialah pencapaian intelektual boleh dilihat dari segi penemuan fikiran yang baharu ataupun penemuan, penyuburan dan penafsiran kembali fikiran lama yang membuahkan sistem falsafah, pemikiran, sains dan teknologi. Darcy roberio telah memberikan sembilan ciri tamadun yang masih berada dalam proses perkembangan. Antaranya ialah berakhirnya corak hidup nomad dengan penciptaan peralatan baharu dalam bidang pertanian. Bermulanya aktiviti penternakan dan pengkhusussan kerja berasaskan kelompok kemahiran. Pertumbuhan kota dan negara, wujud status sosial, menggunakansistem pengairan untuk pertanian, penggunaan peralatan tembaga dan gangsa serta wujud sistem tulisan, angka dan kalendar. Penggunaan sistem pengairan secara meluas. Penciptaan berteknologi daripada besi, inovasi peralatan baharu, perkembangan perkapalan perkapalan dan perkembangan mata wang syiling sebagai perantaraan perdagangan. Revolusi penternakan, revolusi perdagangan, revolusi teknologi dan revolusi perindustrian. Edward L. Farmers dalam bukunya Comparative History of Civillization in Asia memberikan tujuh ciri utama tamadun, iaitu pertempatan kekal, revolusi pertanian, stratifikasi sosial, kewujudan agama, pengkhususan kerja dan inovasi teknologi, urbanisasi, sistem tulisan.

4.0 INTERAKSI ANTARA TAMADUN

4.1 Pengenalan

Interaksi antara tamadun bermaksud hubungan, pertemuan, komunikasi antara individu, kelompok, masyarakat dan negara.
Interaksi boleh berlaku kerana tujuan tertentu dan secara tidak langsung sama ada di peringkat perkongsian nilai, idea, institusi dan insan. Terdapat empat jenis interaksi iaitu interaksi fizikal, interaksi teologi atau agama, interaksi sains dan teknologi dan akhir sekali ialah interaksi budaya. Interaksi fizikal ialah interaksi yang berlaku sepanjang sejarah manusia. Contohnya masyarakat di India Barat yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Cina dan Eropah, pelbagai bangsa yang hidup dalam tamadun Mohenjodaro dan Harappa dan juga kedatangan orang Arab sebagai penyebar Islam ke Alam Melayu.

Interkasi teologi atau agama merupakan satu sistem yang tertutup. Contonya Sejak znm Heian, agama Shinto di Jepun telah berinteraksi dan menerima unsur ajaran daripada agama Buddha. Ia merupakan sistem kepercayaan yang melengkapi. Unsur kesejajaran Hinduisme dan Buddhisme menunjukkan terdapat konsep moksha, karma dan lain-lain pada kedua-dua ajaran ini. Interaksi sains dan teknologi merupakan kemajuan yang dicapai semasa zaman itu. Contonya empat ciptaan agung Cina tersebar ke seluruh dunia (teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan & kompas). Teknologi membuat kertas daripada Cina ke dunia Arab kemudian ke Eropah dan hubungan Jepun dengan Barat. Jepun mempelajari perkembangan sains dan teknologi moden Eropah dan Amerika Syarikat.

Interaksi budaya ialah interaksi yang terdapat pada keseluruhan tamadun meliputi aspek kehidupan seperti makanan, pakaian, seni bina, seni ukir, muzik dan lain-lain. Contohnya proses akulturasi (pembudayaan) orang Cina dengan masyarakat tempatan dari aspek kebendaan seperti makanan, pakaian, tingkah laku. Faktor-faktor yang membawa kepada interaksi antara tamadun ialah faktor geografi, perdagangan, kepimpinan, agama dan budaya, dan akhir sekali ialah pengalaman sejarah. Faktor geografi menerangkan Kedudukan strategik / laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Ia dipengaruhi oleh tamadun India yang berteraskan Buddhisme & Hinduisme.

Pengaruh agama Islam dalam kebudayaan atau cara hidup masyarakat Melayu. Daya kreativiti manusia menyatakan kreativiti manusia dalam memenuhi tuntutan kehidupan. Pengalaman manusia berinteraksi dengan alam mengajarnya menjadi kreatif. Prinsip seterusnya ialah persaingan manusia iaitu kehendak manusia tidak pernah terbatas. Peningkatan usia, perubahan psikologi dan perubahan cara hidup adalah antara faktor yang mempengaruhi kehendak manusia yang tidak terbatas itu. Selain itu peminjaman kepakaran menyatakan oleh kerana manusia memiliki batasan keupayaan diri, maka manusia sentiasa memerlukan pertukaran bantuan dan kerjasama. Bantuan kadangkala berbentuk peminjaman kepakaran tertentu yang tidak dimiliki oleh sesuatu kumpulan masyarakat, tetapi dimiliki oleh kumpulan masyarakat yang lain. Pada tahap paling minimum, kandungan tamadun sekurang-kurangnya terdiri daripada 6 ciri asas iaitu mempunyai kehidupan dibandar, mempunyai pemerintahan dan kerajaan, mempunyai bahasa dan tulisan, mempunyai sistem perundangan, mempunyai agama dan sistem kepercayaan dan mempunyai pengkhususan dalam pekerjaan.

Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian serta keunikan yang tersendiri. Namun demikian ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu tertutup dan tidak menerima pengaruh luar, sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku antara tamadun. Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. la berlaku di sepanjang sejarah. Interaksi ini melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yang tertentu dan juga dengan pelbagai cara yang berbeza. Interaksi antara tamadun ini terjadi kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Sifat terbuka sesebuah tamadun ini memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Hal ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada menjadi beku dan jumud yang akhirya boleh meruntuhkannya. Proses interaksi antara tamadun berlaku disebabkan pelbagai faktor. Interaksi antara tamadun memberikan dua kesan yang penting iaitu kesan positif dan kesan negatif.

4.2 Contoh-contoh interaksi antara tamadun

Interaksi Tamadun China dan India

Interkasi antara Tamadun China dan India telah berlaku kira-kira pada abad ke-2 S.M. Hubungan ini telah dilaporkan oleh sumber-sumber China klasik merekodkan. Hasil yang didapati daripada interaksi antara kedua tamadun pada ketika itu kurang jelas. Penyebaran agama Buddha ke China pada masa pemerintahan Dinasti Han merupakan kemuncak kepada interaksi antara Tamadun India dan China. Ajaran Buddha sendiri adalah penghasilan daripada Tamadun India yang disebarkan ke dalam masyarakat China. Oleh kerana Budhisme muncul dalam kerangkan budaya masyarakat India,oleh itu telah berkongsi banyak aspek kebudayaan dengan agama Hindu dan aspek-aspek budaya India seperti kesusasteraan, kesenian, muzik dan sebagainya.

Pada permulaannya agak sukar bagi agama Buddha untuk diterima oleh masyarakat China. Ini adalah kerana ajarannya yang tidak sesuai dengan institusi keluarga, politik, etika serta moral orang-orang China yang telahpun diresapi oleh falsafah-falsafah tempatan China terutamanya falsafah Konfucianisme. Secara bernasur-ansur agama Buddha mengalami proses penyesuaian dengan tradisi budaya China namun demikian prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas. Walaupun agama Buddha masuk ke China semasa zaman Han tetapi proses perkembangannya terlalu lambat dan hanya dianuti oleh beberapa orang kerabat diraja. Ia tidak mendapat sambutan yang meluas di kalangan rakyat.

Penterjmahan kitab-kitab ajaran Buddha telah dilakukan dan selepas lebih 700 tahun usaha penterjemahan dilakukan, ajaran-ajaran Buddha telah dibukakan dalam kitab Tripitaka yang meliputi kitab Mahayana dan Hinayana. Kerja-kerja penterjemahan ini telah dilakukan oleh lebih kurang 200 orang penterjemahan. Antara tokoh yang terkenal ialah Sami Fa Hsien dari Dinasti Chin Timur dan Hsuan Tsang dari dinasti Tang. Fa Hsien telah menghabiskan masa selama 15 tahun menggembara ke India melalui Asia Tengah iaitu dari tahun 399 masihi hingga 414 Masihi. Sementara Hsuan Tsang telah melakukan perjalanan ke India antara tahun 629-45 Masihi. Beliau telah menjadi sahabat kepada Raja Hursdha. Selain daripada karya-karya dari India yang diterjemahkan, terdapat juga karya-karya mengenai agama Buddha yang dihasilkan oleh orang-orang China. Buku-buku yang ditulis oleg Fa Hsien dan sami-sami China yang lain tentanhg pengembara-pengembara mereka ke India menjadi sumber penting untuk mengkaji interaksi antara Tamadun India dan China.

Selain daripada agama Buddha, hasil interaksi antara Tamadun India dan China turut menyebabkan beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasilasikan dalam Tamadun China. Muzik dan tarian india telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China. Semasa Dinasti Tang, teknologi membuat gula dari tebu di Tamadun India diperkembangkan di Tamdun China. Kesan posotif kepada India pula didapati di mana beberapa ciptaan sains dan teknologi orang China telah berkembang di dalam masyarakat India. Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas dan lain-lain. Interaksi antara tamadun turut berlaku melalui usaha-usaha penterjemahan. Semasa pemerintahan Dinasti Sui sebanyak 60 koleksi ilmu astronomi India bernama Gautama telah diambil berkhidmat dalam kerajaan Dinasti Tang. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan sistem kalendar China yang lebih tepat daripada tahun 727 Masihi. Jawatan tersebut terus dipegang oleh keturunan beliau selama empat generasi.

Kesusasteraan turut terhasil daripada interaksi antara Tamadun India dan China. Kitab ajaran agama Buddha merupakan contoh hasil sastera yang penting. Kewujudan pelbagai puisi, cerita dongeng, kisah-kisah tauladan, kias ibarat yang berkaitan dengan Buddha telah dipengaruhi penulisan sastera China. Di samping itu kesusasteraan turut menyumbangkan beberapa perbendaharaan kata sanskrit dan pali ke dalam bahasa China. Pengajian fonetik bahasa China telah berkembang hasil pengaruh Tamadun India, perkembangan ini amat penting semasa zaman Dinasti Sui. Perhubungan antara India dan China terus berlansung walaupun selepas kemerosotan agama Buddha di India ke 10 masihi. Perkembangan seterusnya lebih bersifat hubungan diplomatik dan perdagangan.

Interaksi Antara Tamadun Islam dan China

Hubungan orang-orang Arab dengan negeri China telah berlaku sejak abad ke 3 masihi apabila dilaporkan bahawa telah ada utusan Parsi yang pertama dihantar ke istana kerajaan Wei. Orang-orang Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke negeri China iaitu melalui jalan sutera iaitu jalan darat yang merentasi Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking dan juga ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke canton di tenggara China. Menurut catatan-catatan China, mengatakan behawa kapal-kapal China telahpun sampai di Teluk Parsi dan berdagang di pelabuhan Siraf pada abad ke-5 Masihi. Menjelang abad ke-7 Masihi, ramai orang-orang Arab yang membuat petempatan di daerah-daerah di tenggara China seperti Kwang Cho, Chang Chow dan Chuan Cow.

Hubungan perdagangan antara Tanah Arab dengan China menjadi semakin rancak pada abad ke-8 Masihi melalui jalan darat dan laut. Pedagang-pedagang Arabdan Parsi telah mendirikan masjid di Guangzhou. Walaupun terdapat usaha-usaha mengembangkan Islam di China berlaku pada abad ke-8 tetapi ia hanya berjaya selepas beberapa abad kemudian iaitu dengan usaha beberapa orang tokoh muslim tempatan China seperti Wang Daiyu, Ma Zhu, Liu Zhi dan Ma Dexin. Tokoh-tokoh ini turut mempengaruhi hasil tulisan mereka dalam bidang Islam. Tradisi Konfusianisme yang diwarisi oleh tokoh-tokoh tersebut turut mempengaruhi tulisan mereka. Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis China muslim bertajuk Zhengjiou Zengquan yang diterbitkan pada tahun 1642. penulis China ini banyak menggunakan konsep-konsep yang sedia ada dalam ajaran konfusiunisme bagi memperkenalkan Islam kepada masyarakat China melalui tulisannya.

Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun China ini telah memberi faedah kepada kedua-dua tamadun. Tamadun Arab-Islam di Asia Barat telah mempelajari mengenai kompas, teknologi percetakan dan pembuatan kertas serta pembuatan alat letupan. Melalaui Tamadun Arab-Islam, pengetahuan ini kemudiannya disebarkan dalam Tamadun Eropah. Hal yang sama berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan tembikar. Sementara tamadun China pula mendapat ilmu pengetahuan baru seperti pengetahuan tentang perubatan, astonomi, farmasi dan beberapa pengaruh Tamadun Islamdi China ialah semasa zaman Dinasti Tang.

Dari segi senibina interaksi tamadun Islam-Tamadun China telah menyumbangkan kepada pembinaan beribu-ribu masjid dewan membaca al-quran. Reka bentuk masjid dipengaruhi oleh ciri-ciri reka bentuk Arab dan juga China. Masjid berseni bina Arab kebnyakannya terdapat di Xinjiang sementara reka bentuk masjid selepas abad ke-14 lebih dipengaruhi oleh kuil istana China.


Interaksi Antara Tamadun India dengan Tamadun Asia Tenggara.

Interaksi antara Tamadun India dengan Asia Tenggara telah berlaku sejak awal abad Masihi lagi. Hubungan ini berlaku secara aman iaitu melalui perdagangan. Interaksi antara Tamadun India dengan Asia Tenggara telah meninggalkan beberapa kesan penting dalam budaya dan tamadun masyarakat Asia Tenggara.

Dari sudut teologi, interaksi ini telah memberi peluang kepada perkembangan agama Hindu dan Buddha kepada masyarakat Asia Tenggara. Agama Hindu telah diterima sebagai agama yang penting dalam kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara seperti Funan, Chenla, Angkor, Majapahit, Kedah dan lain-lain. Mazhab agama Hindu yang utama ialah mazhab Saivism, Vishnuism dan Brahmanism. Agama Hindu turut mempengaruhi sistem politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep ’Devaraja’. Konsep ini meletakkna kesucian seseorang raja setaraf dengan dewa. Konsep inilah yang menjadi asas kepada konsep daulat dalam tradisi Melayu. Konsep ’devaraja’ ini berkembang dalam masyarakat Khmer terutamanya semasa zaman kerajaan Angkor. Interaksi Asia Tenggara dengan Tamadun India juga telah menyebabkan pengaruh agama Buddha masuk ke Asia Tenggara. Dua mazhab agama Buddha yang berkembang di Asia Tenggara ialah Mahayana dan Hinayana.

Interaksi antara Tamadun India dengan Asia Tenggara turut memberi kesan kepada aspek lain yang penting. Aspek sosial, contohnya kita dapati golongan Brahmin telah memainkan peranan penting dalam masyarakat. Golongan Brahmin adalah golongan pemimpin agama yang menguasai bidang pendidikan. Dalam kerajaan Angkor, golongan Brahmin memainkan penting dalam perkembangan pendidikan. Di samping itu interaksi ini juga menyebabkan tulisan-tulisan tempatan. Bahasa Sanskrit menjadi bahasa penting di istana. Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabrata dan Ramayana menjadi sumber pengajaran awal di Asia tenggara. Aktiviti penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab ini kemudiannya telah dilakukan selepas wujudnya interaksi antara Asia Tenggara dengan Tamadun Islam. Ini kerana kitab-kitanb ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan ditulis menggunakan tulisan jawi iatu tulisan yang datang dari Tamadun Islam.istialh-istilah Sanskrit turut memperkayakan perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara.

Interaksi Asia Tenggara dengan Tamadun India juga membawa banyak pengaruh dari segi kesenian terutamanya alat muzik dari segi seni tarian. Dalam aspek seni bina kita dapati unsur-unsur seni bina India telah bercampur dengan unsur-unsur seni bina tempatan sehingga menghasilkan seni bina yang unggul, contohnya Angkor Wat dan Candi Borobudur.

Dari segi sosial, sistem kasta India kuarng mendapat sambutan di Asia Tenggara. Sistem ini hanya dipraktikkan dalam masyarakat Khmer semasa pemerintahan kerajaan Angkor di Myanmar dan kerajaan Majapahit di Pulau Jawa. Aspek-aspek lain yang kelihatan ialah pengaruh makanan seperti roti canai, kari, dan sebagainya. Hubungan antara masyarakat India dan penduduk Asia Tenggara yang berlaku secara aman menyebabkan wujudnya perkahwinan campur, contohnya barahmin-brahmin India dengan puteri-puteri Angkor serta perkahwinan campur yang berlaku dengan meluas semasa Zaman Kesultanan Melaka. Di samping itu Tamadun India turut dipengaruhi sistem undang-undang di Asia Tenggara contohnya terdapat kaedah undang-undang Hindu yang digunakan dalam undang-undang Melaka dan perundangan majapahit.

Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun India

Hubungan antara orang-orang Arab telah berlaku sejak zaman kerajaan Ma’in dan Saba’ di Arab Selatan. Hubungan awal tersebut adalah hubungan perdagangan. Komoditi perdagangan yang dibawa oleh pedagang-pedagang Islam termasuklah kain, pedang dan yang paling utama ialah hasil rempah. Pada abad ke-5 Masihi telah terdapat pertempatan orang-orang Arab do persisir pantai India. Agama Islam telah bertapak di India sejak abad pertama Hijrah, namun demikian kedudukannya masih lagi lemah. Penyebaran oengaruh Islam dan India melalui pelbagai cara. Perdagangan merupakan cara yang paling awal dan aman. Di samping itu, pengaruh Islamjuga tersebar ke India melalui perperanga. Tentera Islam telah sampai ke kawasan pantai Sind di India sejak zaman Khalifah Umar bin al-Khattb.

Angkatan islam telah berusaha menawan Thana pada tahun 636-37 Masihi tetapi gagal. Semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, sekali lagi tentera Islam telah menyerang Sind iaitu pada tahun 644 Masihi melalui jalan darat. Pemimpin tentera Islam ialah Abdullah bin Amir. Dalam serangan tersebut Sistan dan Makran telah berjaya ditawan. Serangan ke atas Sind dilakukan semulapada tahun 659 Masihi di bawah pimpinan al-Haris tetapi peperangan tersebut dihentikan apabila beliau meninggal dunia di medan perang pada tahun 622 Masihi. Walaupun usaha-usaha penaklukan India dihentikan tetapi orang-orang Arab yang menetap di Multan kemudiannya telah menubuhkan sebuah kerajaan Islam. Penaklukan Islam ke atas India kemudiannya telah dilakukan oleh pemerintah-pemerintah keturunan Turki dan Parsi-Islam.

Interaksi antara Tamadun Islam dan India berlaku amat pesat semasa pemerintahan kerajaan Moghul terutamanya semasa pemerintahan Akbar tidak membezakan antara orang-orang Islam dengan bukan Islam. Beliau mengambil penasihat daripada kalangan orang-orang Islam dan Hindu. Beliau merupakan pemerintah India yang pertama cuba mengharmonikan hubungan antara pengganut-pengganut Islam dan bukan Islam terutamnya Hindu. Bagi mencapai tujuannya beliau telah menggalakkanperkahwinan campur antara orang-orang Islam dengan Hindu. Beliau sendiri mengahwini seorang puteri Hindu dan beliau juga telah meminang puteri-puteri Hindu untuk dikahwinkan dengan putera-puteranya. Dalam usaha mewujudkan keharmonian antara rakyat yang berbilang kaum dan agama, Akhbar telah menggalakkan program-program perdebatan agama di istananya. Beliau adalah seorang pengganut Islam yang fleksibel dan pandangan agamanya banyak dipengaruhi oleh penasihatnya iaitu baginda melihat setiap agama mempunyai kebaikan tersendiri. Beliau telah mempelajari agama-agama lain seperi Hindu, Buddha dan Kristian. Kitab-kitab veda. Mahabrata, Ramayana telah diterjemahkan ke dalam bahasa parsi atas araha beliau.

Dalam hubungan antara dua tamadun ini membawa kepada perkembangan kesusasteraan. Hasil-hasil kesusasteraan Parsi telah berkembang dalam masyarakat India. Semasa kerajaan Delhi, hasil-hasil tulisan India terutamnya yang berkaitan dengan agama Hindu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi. Dua orang tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam aktiviti tersebut ialahZain-ul-’Abidin dari Kashmir dan Husain Shah dari Bengal. Cebdiakawan Islam turut mempelajari mengenai yoga dan Vedanta serta ilmu-ilmu perubatan dan astrologi India. Sementara ahli-ahli astronomi India telah meminjam terma-terma astronomi, pengiraan latitud dan longitud bumi, pengiraan kalendar, bidang horoskop yang dikenali sabagai tajik dan dalam bidang perubatan. Semasa pemerintahan kesultanan Delhi bahasa Urdu telah wujud hasil percampuran antara bahasa-bahasa Hindi, Parsi, Arab dabn Turki. Ia menjadi satu lambang penting interaksi antara Tamadun islam dengan India.

Kehidupan harmoni diwujudkan hasil daripada interaksi antara orang-orang Islam dengan India dapat dilihat dalam aspek pentadbiran. Semasa kesultanan Delhi, kita dapati ramai pegawai-pegawai kerajaan dilantik daripada penganut-penganut agama Hindu, contohnya medini Rai yang dilantik menjadi pegawai tinggi di Malwa, sementara bebarapa tokoh lain seperti purandar, Rup dan Sanatan. Telah dilantik ke pelbagai jawatan di Bengal. Begitu juga kerajaan-kerajaan Hindu telah melantik orang-orang Islam menjadi pegawai-peagawai mereka. Pengasas agama Sikh turut dikaitkan dengan proses interaksi antara Tamadun Islam dan India. Malah agama ini dikatakan hasil daripada percanggahan beberapa ajaran Islam dengan ajaran Hindu. Guru Nanak adalah pengasas ajaran ini. Mantera adalah kata-kata suci ajaran ini telah dicipta oleh beliau bersama-sama seorang pengikutnya yang beragama Islam. Kerangka ajaran Sikh sebenarnya adalah mengikut agama Hindu tetapi terdapat beberapa ajarannya yang dikatakan mempunyai persamaan dengan ajaran Islam.


5.0 KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN

5.1 Kesan positif

Interaksi antara Tamadun Islam dengan Yahudi dan Kristian semasa zaman kemunculan Islam di Tanah Arab telah memberi beberapa kesan positif. Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah hak-hak orang Kristian danYahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberi perlindungan. Mereka telah diberi kebebasan mengamalkan tuntutan agama mereka tanpa sebarang gangguan baik daripada Nabi Muhammad s.a.w. ataupun umat Islam yang lain. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam kerajaan Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Begitu juga di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.

Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke negeri China melalui interaksi ini. Di samping itu terdapat kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan, contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut diperkembangkan di China oleh ahli-ahli astronomi India. Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan positif kepada Tamadun India ialah berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan pengunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India. Interaksi antara Tamadun India dan China berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

Antara interaksi Tamadun Islam dan China yang turut memperlihatkan kesan positif ialah proses interaksi secara aman iaitu melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Hasil daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di China. Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming, telah muncul beberapa orang tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran. Kesan penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di negeri China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Perkembangan seterusnya menyebabkan munculnya cendiakawan-cendiakawan Islam tempatan yang mahsyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Cendiakawan-cendiakawan tempatan ini telah mencari keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat China. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Disamping itu interaksi ini turut menemukan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China contohnya dalam bentuk masjid-masjid di China hari ini.

Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman iaitu melalui perdagangan. Namun demikian kedatangan pengaruh Islam di Asia Tenggara ataupun khususnya ke Kepulauan Melayu dikatakan dari tiga kawasan yang berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India dan China. Teori-teori ini telah diperbincangkan dengan hangat dan beberapa bukti yang berkaitan telah dikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi meyokong pendapat mereka. Namun apa yang lebih penting bagi kita ialah kesan yang didapati daripada hubungan ini. Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah melahirkan beberapa kesan positifyang penting. Kesan yang paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. la juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positif boleh juga dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan serta istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Di samping itu terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat China yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik negeri China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 – 1368 Masihi ) yang pernah menyerang Myanmar ( Komboja ) dan jawa pada abad abad ke-13 Masihi.

Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada hubungan antara Tamadun China-Jepun. Jepun telah mendapat faedah yang banyak hasil daripada hubungan ini. Tamadun China telah menyumbangkan beberapa perkara penting ke dalam Tamadun Jepun. Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu agama Shinto. Walaupun asimilasi ini berlaku tetapi ia tidak mengubah identiti ajaran Buddha. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun. Tulisan China telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan China telah memainkan peranan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam Tamadun Jepun. Di samping dua kesan positif yang penting ini, Tamadun China turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun, contohnya upacara minum teh, seni taman, serta struktur pembinaan bandar. Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran Kofusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun. Manakala konsep mandat dari syurga telah memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal dari keturunan Dewi Amaterasu. Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.

5.2 Kesan negatif

Adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa interaksi antara tamadun hanya menghasilkan kesan positif. Sebaliknya interaksi antara tamadun turut menghasilkan kesan negatif. Di Eropah, misalnya, hubungan antara orang-orang Kristian dan Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada hubungan yang tidak baik ini menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat dari-pada faktor-faktor perbezaan agama, ketidak seimbangan ekonomi dan sosial.Begitu juga halnya dengan hubungan orang-orang Islam dan Kristian dalam Zaman Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri perang ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai Perang Salib. Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam danYahudi. Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik. Di India juga, hubungan antara penganut Islam dan Hindu sentiasa berada dalam keadaan tegang.

Terdapat peristiwa-peristiwa di mana orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu serta kuil-kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam. Contohnya raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara-upacara keagamaan Hindu. Semasa zaman pemerintahan Moghul, Aurangzeb adalah raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganut-penganut Hindu. Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain lagi. Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat lihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendiakawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut.

Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China. Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di China. Permusuhan antara orang-orang Islam dengan orang-orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. Contohnya pada abad ke-8 Masihi, penduduk Han di tenggara China telah mewujudkan permusuhan dengan orang-orang Islam kerana iri hati terhadap kemewahan yang dinikmati oleh orang-orang Islam yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pada tahun-tahun 758 Masihi dan 876 Masihi telah berlaku pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkan ramai orang-orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton. Pemberontakan pada tahun 876 Masihi bukan sahaja bersifat anti-Islam tetapi juga anti orang asing. Pemberontakan ini menyebabkan lebih kurang 120 000 hingga 200 000 orang asing telah dibunuh termasuk orang-orang Islam. Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan ramai orang-orang Islam telah lari dari China dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah. Hubungan orang-orang Islam dengan penduduk tempatan China turut terjejas semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada pengukuhan ajaran Konfusianiame. Orang-orang Islam mendapat layanan yang tidak adil daripada pemerintah Ching. Rasa tidak puas hati penganut-penganut Islam disokong pula oleh perkembangan pengaruh gerakan Kaum Muda ataupun Wahabi di kalangan orang-orang China Islam. Rasa tidak puas hati orang-orang Islam telah menyebabkan berlakunya beberapa siri pemberontakan semasa pemerintahan Dinasti Ching iaitu Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi), Pemberontakan Kansu (1781 Masihi), Pemberontakan Jehangir (1820-27 Masihi), KebangkitanYussof Syamsuddin (1828-31M), pemberontakanYunan (1850-68 Masihi), Pemberontakan Shensi dan Kansu (1862 Masihi), Kebangkitan Sinkiang (1864-77 Masihi).

Antara faktor-faktor perkembangan pembinaan dan kemerosotan tamadun manusia ialah pegangan kepada agama, semangat kerjasama yang tinggi dan rasa kekitaan, keselesaan hidup dan kemewahan, kepimpinan dan politik, ekonomi dan hijrah. Interaksi antara tamadun bersifat terbuka. Sifat ini perlu bagi memastikan tamadun itu tidak akan bergerak secara bersendirian tetapi mempunyai maklumat dan idea daripada tamadun lain bagi membolehkan idea itu digarap bagi kepentingan tamadunnya dan dalam masa yang sama dapat dipersembahkan kepada tamadun lain. Faktor ini juga merupakan prasyarat kepada tersebarnya tamadun pada peringkat pertama. Prinsip ini juga penting bagi menjauhkan sesuatu tamadun itu daripada kejutan ketika mendapati pada masa yang sama tamadun lain lebih menonjol daripadanya. Interaksi antara tamadun mengutamakan kepentingan sejagat dan selaras dengan sifat semulajadi manusia. Kesajagatan atau universaliti adalah ciri yang tidak kurang pentingnya dalam proses interaksi antara tamadun. Sebagai contoh, perkembangan pesat tamadun Yunani dalam bidang falsafah dan keilmuan bertaut dengan tamadun Islam dan melebarkan perbincangan yang bersandarkan falsafah pemikiran. Keinginan manusia yang universal untuk hidup dalam suasana penuh aman dan harmoni, menyebabkan secara tidak langsung lahir lain tamadun yang mendukung cita-cita yang sama merasa terpanggil untuk tampil memberi bantuan dan sokongan kepada sesama mereka. Antara faktor-faktor interaksi antara kaum ialah kempimpinan iaitu contoh kepimpinan yang tersohor sepanjang zaman ialah kepimpinan nabi Muhammad SAW ke atas umat Islam seluruh dunia. Seterusnya ialah keagamaan iaitu menyumbang kepasa berlakunya interaksi antara tamadun. Faktor lain ialah ilmu iaitu proses ini memberi kesan kepada pembangunan dan perkembangan suatu tamadun. Faktor seterusnya ialah perdagangan iaitu antara faktor terawal yang mendorong berlakunya interaksi antara tamadun.


7.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

7.1 Pengenalan

Tamadun mempunyai dua bentuk yang penting iaitu tamadun spritual dan tamadun material. Tamadun-tamadun utama di dunia mempunyai persamaan dan perbezaan baik dalam aspek spiritual mahupun material. Persamaan dan perbezaan antara ini boleh dilihat dalam pelbagai segi meliputi aspek-aspek teologi, etika, pemikiran, kebudayaan dan kesenian serta pencapaian-pencapaiannya. Etika terbahagi kepada beberapa perkara penting iaitu alam sekitar, keluarga, komuniti, kerajaan, kegiatan ekonomi, pendidikan dan kesihatan.

7.2 Teologi

Di antara tamadun-tamadun besar terdapat persamaan dan perbezaan dalam bidang teologi. Kepercayaan kepada tuhan merupakan asas yang utama dalam Islam, Kristian, Yahudi dan Hinduisme. Konsep monoteisne terdapat dalam agama Islam, Kristian, Yahudi dan Hinduisme adalah berbeza dengan Islam. Agama Islam, Kristian dan Yahudi telah dikembangkan oleh nabi-nabi yang mendapat wahyu dari Allah s.w.t. sebaliknya kewujudan agama Hindu adalah agak sukar kabur dan agama in tidak mempunyai pengasas ataupun nabi. Hubungan yang rapat antara Islam dan Kristian serta Yahudi dijelaskan dalam al-Quran dan pengganut-pengganut agama Kristian dan Yahudi dikenali sebagai Ahl-al-kitab. Teologi ialah aspek tamadun spritual yang penting bagi sesebuah masyarakat.

Sementara Buddhisme bukanlah satu doktrin agama ataupun metafizik tetapi lebih merupakan sebuah ajaran moral dan etika. Dalam ajaran Buddhisme tidak membincangkan mengenai konsep ketuhanan sebaliknya membicangkan perilaku-perilaku yang sepatutnya diamalkan oleh manusia demi untuk melepasi kesengsaraan hidup dan mencapai pembebasan diri atau nirvana. Oleh kerana Buddhisme terbentuk dalam kerangka sosio budaya masyarakat India maka tidak dapat dinafikan terdapat beberapa konsep Buddhisme yang dapat dicari persamaanya dalam ajaran-ajaran Hinduisme.

7.3 Etika

Pendidikan

Pendidikan merupakan aspek yang penting dalam setiap tamadun. Pendidikan bertujuan untuk pembentukan peribadi seseorang individu. Berasaskan matlamat ini menjadikan tugas mengembangkan ilmu pengetahuan adalah satu tanggungjawab yang mulia. Kesedaran ini menjadikan dimensi inner being diberi kepentingan dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduismedan agama-agama lain. Transformasi dalaman mestilah dilakukan atau berlaku pada seseorang individu sebelum dia dapat menguasai persekitaran luarannya. Apa yang membezakan antara agama-agama dan tamadun tersebut ialah cara bagaimana transformasi itu dilakukan dan apakah elemen-elemen yang dipentingkan. Dalam tamadun Islam, konsep tauhid memainkan peranan pentingdalam transformasi manusia. Sebaliknya dalam ajaran-ajaran Buddha dan beberapa ajaran hindu, transformasi sifat dapat dicapai memalui proses mencari diri sendiri.

Ekonomi

Kegiatan ekonomi dalam tamadun-tamadun awal berlansung dalam konteks ’moral semesta’. Oleh itu muncul konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddha sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada ajaran jalan lapan lapis. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia. Konsep ’wang’, laba, ganjaran, pasaran dan sebagainya sangta dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan moral. Penipuan, riba, rasuah dan bentuk-bentuk penyelewengan lain amat ditegah dalam islam. Sementara Tamadun China yang kuat dipengaruhi oleh falsafah Konfusianisme memandang rendah kepada golongan pedagang kerana golongan ini dikatakan sentiasa terlibat dengan penipuan dan untung yang merupakan elemen-elemen yang buruk mengikut ajaran Konfusianisme. Seperti mana ajaran islam unsur-unsur rasuah, riba dan penipuan adalah amat dilarang dalam ajaran Kristian. Kegiatan ekonomi yang dijalankan juga terikat dengan konsep halal dan haram...

Komuniti

Komuniti atau masyarakat merupakan unit yang penting dalam hidup setiap tamadun. Identiti individu mempunyai kaitan yang rapat dengan komunitinya. Perkaitan yang sangat rapat ini menyebabkan sebilangan besar pengkajinya berpendapat bahawa identiti seseorang individu terbentuk daripada komunitinya. Atau dalam lain perkataan identiti seseorang individu ialah cerminan komuniti yang diwakilinya. Identiti ini dapat dilihat dari pelbagai sudut, contohnya dari segi pemikiran, pandangan semesta, sikap, perilakuserta lain-lain. Komuniti adalah satu lagi bentuk sistem sokongan yang penting bagi seseorang individu. Seseorang individu mendapat sokongan moral, psikologikal dan kadangkala material daripada komunitinya. Jarang berlaku percanggahan antara identiti individu dengan identiti komunitinya.

Lazimnya identiti kedua-dua pihak dibentuk oleh sistem agama dan kepercayaan, nilai-nilai moral yang juga bersumberkan agama dan adat resam. Ikatan individu-individu dalam sesebuah komuniti ditentukan oleh pelbagai bentuk ikatan. Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam Tamadun Islam. Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekerabatan tetapi juga hubungan sesama agamadan hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang islam dengan jiran yang bukan islam. Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. menggariskan dengan jelas hak dan tanggungajawab seseorang individu Islam terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran-jiran tersebut. Bagi mengekalkan persaudaraan dan perpaduan di dalam komuniti, Islam memberi perhatian kepada perasaan kasih sayang dan sikap tolak ansur. Semua individu dalam komuniti mesti menunaikan tanggungjawab mereka dengan sempurna untuk menjaga komuniti tersebut daripada kerosakan. Pembentukan komuniti yang kukuh ini penting dalam pembentukan sebuah negara atau kerajaan yang kuat.

7.4 Politik dan Kerajaan

Falsafah tamadun-tamadun tradisional menekankan moraliti atau akhlak sebagai asas kerajaan peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab pemerintah. Raja merupakan gelaran tertinggi kepada pemerintah dan hampir kesemua tamadun dunia. Terdapat terma-terma lain yang digunakan untuk kedudukan tersebut, antaranya ialah Khalifah, sultan, maharaja, ratu, dan sebagainya. Seseorang pemerintah tertinggi mestilah mempunyai akhlak yang baik. Adil ialah prisip asas yang mesti dimiliki oleh seseorang pemerintah. Dalam Tamadun China, pemikiran falsafah-falsafah yang diasaskan oleh Kung Fu Tse, Meng Tse, Lao Tse dan ramai lagi tokoh-tokoh memberi penekanan kepada sifat-sifat yang perlu ada pada seorang raja atau pemerintah. Begitu juga dengan Tamadun India, Kautilaya membincangkan aspek-aspek kepimpinan.

Dalam Tamadun awal masyarakat Melayu, kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diebri oleh raja kepada rakyatnya adalah dimensi yang penting. Kosep kesetiaan yang kuat dalam Tamadun Melayu sehingga melahirkan kata-kata seperti takkan Melayu menderhaka. Penderhakaan merupakan jenayah yang paling berat hukumannya dalam budaya Melayu. Sorang penderhaka akan menerima hukuman bunuh.

Dalam Tamadun China, ajaran Confucius telah memberi satu garis panduan mengenai hubungan antara pemerintah dengan rakyatnya. Pemerintah mastilah berperanan sebagai bapa kepada rakyatnya. Ini bermakna, seseorang raja perlulah mempunyai moral yang baik kerana baginda akan menjadi pelindung kepada rakyatnya. Tanpa sifat-sifat yang sedemikian mandat atau kelayakan seseorang raja memerintah sesebuah dinasti akan terhapus. Namun demikian Confucius tidak menganjurkan rakyat menentang raja yang tidak mempunyai moral yang baik oleh Tien melalui pelbagai bala bencana seperti banjir, peperangan dan sebagainya.

7.5 Institusi

Agama merupakan unsur yang penting dalam tamadun. Setiap agama mempunyai institusinya yang tersendiri, contohnya masjid dalam agama Islam, gereja dalam agama Kristian, kuil bagi agama Hindu dan Buddha. Institusi ini memainkan peranan penitng dalam tamadun-tamadun tersebut. Institusi ini memainkan peranan penting dalam tamadun-tamadun tersebut. Institusi-institusi mempunyai peranan tersebut berperanan sebagai tempat ibadah dan upacara-upacara keagamaan tertentu. Di samping peranan tersebut institusi-institusi ini juga mempunyai fungis-fungsi sosial, ekonomi dan sosial. Masjid merupakan tempat perhimpunan penting bagi umat Islam. Dalam Tamadun Islam, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dilakukan di masjid. Nabi Muhammad s.a.w telah menjadikan masjid sebagai pusat pentadbiran Islam semasa zaman pemerintah Islam di Madinah. Baginda juga menjadikan masjid sebagai pusat ilmu pengetahuan yang mana baginda sendiri telah menjadikan masjid sebagai tempat mengajar, apabila rumahnya sudah tidak dapat memuatkan jemaah-jemaah yang belajar dengan baginda.

Begitu juga dengan peranan gereja dalam Tamadun Barat. Gereja bukan hanya menjadi tempat ibadat tetapi juga merupakan pusat kegiatan sosial masyarakat setempat. Di samping itu gereja juga memainkan peranan pentingdalam perkembangan ilmu pengetahuan di Barat. Paderi-paderi adalah golongan cendiakawan yang menjadi guru mengajar kanak-kanak setempat. Perkembangan inilah yang kemudiannya melahirkan sekolah-sekolah missionary yang mana sekolah-sekolah dalam bentuk yang formal tetapi dibina serta dibiayai oleh pertubuhan-pertubuhan agama Kristian. Kuil dalam agama Hindu dan Buddha juga memainkan peranan yang sama. Pada peringkat awal perkembangan kedua-dua agama ini, kuil bukan hanya merupakan tempat beribadat tetapi juga sebagai pusat pendidikan bagi mengajar ilmu-ilmu keagamaan. Bagi agama hindu, golongan Brahmin iaitu sami-sami Hindu adalah golongan terpelajar. Sumber-sumber ajaran agama Hindu dalam ktab-kitab Veda, Mahabrata dan Ramayana yang ditulis dalam bahasa Sanskrit hanya boleh difahami oleh golongan tersebut. Oleh itu, golongan Brahmin memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan. Hal yang sama berlaku kepada kuil-kuil Buddh, sami-sami Buddha yang fasih berbahasa Pali dan Sanskrit adalah sumber untuk masyarakat untuk memahami ajaran-ajaran Buddha.

RUMUSAN

Dalam perbincangan ini perkara mengenai tamadun sukar ditakriskan dengan satu makna yang tepat. Ini kerana kebnyakan sarjana membuat tafsiran mereka sendiri mengikut apa yang ada pada sesebuah tamadun itu. Tamadun Barat ditafsirkan dengan mempunyai penekanan soal material. Manakala Tamadun Islam lebih menekankan soal etika dan moral dalam pembinaan sesebuah tamadun. Sementara itu, pembinaan Tamadun Mesir, Mesopotamia, India dan China juga tidak boleh lari dari soal penumpuan material dan etika. Sementara itu sarjana-sarjana tertentu mempunyai pandangan berbeza mengenai tamadun. Namun demikian yang pasti tamadun dikaitkan mengenai soal pencapaian yang tinggi dan ketinggian hidup sesebuah masyarakat dalam pelbagai aspek termasuk soal etika.

Pencapaian dan ketinggian hidup ini boleh dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan manusia seperti perbandaran. Sifat-sifat sesebuah bandar teratur merupakan ciri penting dalam tamadun. Di sini juga merupakan pusat bagi aktiviti tamadun sama ada pemerintahan, ekonomi, kesenian, agama, budaya dan ketenteraan. Oleh itu bandar boleh dijadikan modul untuk melihat tamadun itu. Disebabkan pentingnya bandar ini maka perkataan tamadun mahupun civilization bertitik tolak dari perkataan bandar iaitu madinah dan civitas. Sesebuah tamadu klasik, ia pernah menempuh tiga tahap utama iaitu tahap kelahiran, pembangunan dan kemerosotan. Kelahiran sesebuah tamadun biasanya dikaitkan dengan adanya sumber-sumber material yang membantu perkembangannya. Sungai merupakan sumber penting dalam membina dan melahir sesebuah tamadun. Namun demikian tidak semua dibina oleh unsur material. Tamadun Islam misalnya bermula dari wahyu. Daripada dua punca yang melahir tamadun itu, maka muncul tamadun dan ia mula diransangkan dengan kepesatan kehidupan manusia yang akhirnya membawa kepada zaman perkembangan atau sesetengah tamadun meletaknya sebagai era keemasan. Dari era ini munculnya ketidakcekapan pemerintahan dan pentadbiran. Selain itu unsur-unsur lain seperti bencana alam dan serangan musuh membantu kepada kejatuhan sesebuah tamadun itu.

perkembangan sistem pendidikan malaysia

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA



1.0 SEBELUM MERDEKA

1.1 Sistem pondok, pendidikan sebelum kedatangan inggeris

Sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah, pendidikan di Tanah Melayu bebrbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran Al-Quran, tingkahlaku dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri.

Pada peringkat yang lebih awal dan teratur, terdapat suatu sistem pendidikan agama yang di sebut ‘sekolah pondok’ yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh para ulama islam yang terkenal. Pelajar-pelajar yang menuntut di madrasah-madrasah agama dan tinggal di pondok-pondok yang dibina di sekelilingnya. (Abdullah Sani Yahya, 2003: 1)

Peringkat kedua dalam perkembangan pendidikan di Tanah Melayu berlaku semasa penjajahan British pada tanpa mempunyai suatu falsafah ataupun dasar pendidikan kebangsaan. Pentadbiran pendidikan semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu ‘pecah dan perintah’ serta terbuka dan tidak ada campur tangan daripada pihak kerajaan.

1.2 Pendidikan vernakular

Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di Tanah Melayu apabila Penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816. sekolah inggeris di negeri-negeri Meleyu yang lain ditubuhkan agak lewat. Antaranya ialah King Edward VII di Taiping (1883) dan Victoria Institution di Kuala Lumpur (1894). Pada pertengahan abad ke-19, mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris.

Kebanyakan sekolah Inggeris ditubuhkan di kawasan-kawasan Bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris . kurikulum sekolah ini bercorak kurikulum Grammar School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai-pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan-keperluan kuasa metropolitan British. Sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit kerana terletak di Bandar dan pelajarnya terdiri daripada kalangan anak-anak bangsawan. Pendidikan di sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah.

Amalan dan dasar pendidikan Negara pada zaman penjajah adalah sangant bebrbeza. Peluang untuk bersekolah juga didapati tidak seimbang kerana kerajaan British tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Kerajaan British telah mengamalkan dasar laissez-faire dalam bidang pendidikan yang telah menyebabkan wujudnya lima jenis persekolahan dalam zaman pemerintahan british. Jenis-jenis persekolahan tersebut ialah Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil, Sekolah Vernakular Inggeris, Sekolah Agama Madrasah. Tiap-tiap sosial persekolahan itu dibiarkan berkembang mengikut haluan sendiri.

Kesan daripada sosial persekolahan yang berbeza-beza pada zaman pemerintahan Inggeris ini telah menimbulkan situasi rumit dalam usaha keseragaman dan integrasi nasional. Kewujudan vernakularisme dalam pendidikan zaman British juga telah menyebabkan jurang ekonomi dan sosial semakin ketara di kalangan penduduk tanah Melayu pada masa itu. Pelajar daripada sekolah-sekolah tersebut mempunyai nilai ekonomi dan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan pelajar lepasan sekolah Vernakular Melayu, Cina dan tamil.

Kerajaan British lansung tidak berhasrat memajukan bidang pendidikan semasa memerintah tanah Melayu kerana beranggapan pendidikan untuk kaum Melayu khususnya tidak mendatangkan faedah, sebaliknya kewujudan berpendidikan akan menimbulkan kesedaran bagi mereka untuk menentang kerajaan.

Sisitem pendidikan Inggeris ini memberi gambaran bahawa pemerintahan colonial tidak berminat membangunkan rakyat melalui sistem pendidikan. Persefahaman dan perpaduan tidak dianggap penting untuk dipupuk menerusi pendidikan Inggeris yang mengabaikan soal pendidikan yang tunggal yang dapat mendidik dan menyatukan anak-anak daripada semua kaum di tanah Melayu.


1.2.1 Pendidikan melayu

Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan Melayu diadakan percuma pada peringkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaranterpaksa memasuki sekolah Inggeris di bandar

Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu yang diasaskan pada abad ke-19 adalah bagi membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa-desa, mewarisi kemiskinan keluarganya dan membantu ibu bapa mereka. Mereka sekadar diharapkan dapat ’menjadi petani dan nelayan yang lebih baik’ daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa Melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kurikulum yang terhad. Mereka diajar membaca, menulis dan mengira serta kemahiran kerjatangan seperti menganyam.

Kemudahan pendidikan bagi masyarakat luar bandar amat terbatas sama ada dari segi mutu pendidikan yang diberi mahupun peluang penyertaan yang disediakan. Sekolah-sekolah awal untuk orang melayu didirikan atas daya usaha orang perseorangan yang mengambil berat untuk memberikan pendidikan kepada orang-orang Melayu. Sekolah Melayu pertama didirikan di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1856 dan kampung Gelam dengan dibiayai Temenggung Johor. Pada tahun 1863 tiga buah lagi sekolah Melayu didirikan di seberang Perai iaitu di Kuala Kangsar dan Batu Gajah pada tahun 1884. seterusnya Latihan guru-guru Melayu telah dimulakan pada tahun 1894 di teluk Belanga, Singapura.

Pada awal abad ke-20, bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap pendidikan menengah, maka Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) diasaskan mengikut model English Grammar school pada tahun 1905. Namun, sekolah ini dikhaskan untuk anak-anak golongan bansawan sahaja. Disamping itu, peluang murid-murid sekolah Melayu untuk melanjutkan pelajaran juga terhad dan tidak mempunyai peluang menyertai sosial ekonomi dan pentadbiran pada waktu itu. Peluang yang ada bagi mereka hanyalah menjadi jawatan rendah seperti polis, kerani, pelayan pejabat dan buruh bersesuaian dengan objektif pentadbiran pihak penjajah ketika itu.

Kemudia pada tahun 1922, bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap guru-guru Sekolah Melayu yang berkelayakan, Sultan Idris Training Collage (SITC) ditubuhkan. Manakaa bagi keperluan guru-guru perempuan Melayu maka ditubuhkan pula Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pada tahun 1935.

1.2.2 Pendidikan Cina

Dasar terbuka dan tidak campur tangan dalam hal ehwal sosial kaum pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing-masing tanpa bantuan daripada Inggeris sehinggalah kepada tahun 1920-an. Selaras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa, masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah-sekolah Cina sejak awal abad ke-19.

Pada tahun 1920-an, pengaruh kuat sekolah Cina menyedarkan kerajaan Inggeris memperkenalkan suatu undang-undang bagi mengelakkan sekolah-sekoalh itu daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah-sekolah. Ini disebabkan dasar tidak campur tangan oleh pemerintahan Inggeris dalam pendidikan Vernakular menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi di negeri China mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat Cina di semenanjung tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Kurikulumnya berorentasikan negei China dan buku teks serta guru-gurunya juga dibawa masuk ke Semenanjung Tanah Melayu.

Bermula daripada tahun 1924, sebahagian daripada sekolah-sekoalh Cina telah menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-guru sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas Perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal diadakan.

1.2.3 Pendidikan tamil

Sekolah-sekolah Tamil didirikan di ladang-ladang getah yang sebahagian besar kaum keturunan India ditempatkan. Pada tahun 1923, Negeri-negeri Melayu bersekutu meluluskan suatu rang undang-undang yang dinamakan Ordinan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1923. Suatu peruntukan dimasukkan ke dalam ordinan, iaitu majikan ladang-ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh-mubaligh Kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil.

Sekolah ini dikenali oleh masyarakat india sendiri, dan pihak kerajaan ataupun majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada daripada segi fizikal, kewangan ataupun pedagogi. Sekolah-sekolah tamil yang didirikan di ladang-ladang getah menghadapi beberapa kekurangan daripada segi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini di sesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku-buku teks dibawa masuk dari India, begitu juga kebanyakan guru serta buku-buku teks dibawa masuk dari India. Kurikulumnya juga menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Sebelum Perang Dunia Kedua, program latihan guru kelas formal selama tiga tahun dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah-sekolah tamil juga terhad pada peringkat rendah sahaja.

1.3 Laporan Barnes 1950

Jawatankuasa Barnes mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dan bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa pengantar utamanya. Sekoah-sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan aliran kebangsaan.

Jawatankuasa barnes membuat beberapa syor untuk mengubal satu sistem pendidikan kebangsaan. Antara lain, menyarankan supaya persekolahan di peringkat rendah dijadikan alat bagi perpaduan dan penyatuan masyarakat yang berbilang kaum di Tanah Melayu. Berasaskan pandangan itu, Jawatankuasa barnes mengemukakan satu laporan kepada kerajaan British yang dikenali sebagai laporan Barnes pada tahun 1951. Antara Syor yang dikemukakan ialah:

• Menubuhkan satu corak sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan yang dibuka kepada murid daripada semua kaum dengan diajar oleh guru-guru pelbagai kaum dan keturunan.
• Memansuhkan sekolah rendah vernakular mengikut kaum dan digantikan dengan Sekolah Kebangsaan.
• Menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah rendah di peringkat sekolah menengah.
• Tempoh persekolahan diseragamkan selama enam tahun bermula apabila kanak-kanak mencapai usia enam tahun.
• Persekolah percuma kepada semua murid.

Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Barnes mencetuskan penentangan yang hebat oleh kumpulan-kumpulan masyarakat yang lain, terutamanya masyarakat cina yang menganggapnya sebagai satu percubaan bagi menindas dan menghapuskan bahasa dan kebudayaan mereka. Bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat Cina, pentadbiran British melantik sebuah jawatankuasa pendidikan Cina pada tahun 1951 di bawah Dr. Fenn dan Dr. Wu bagi melaporkan berkenaan sekolah-sekolah Cina di tanah Melayu.

1.4 Laporan Fenn-Wu 1951

Jawatankuasa Fenn-Wu mengkaji sosial persekolahan Vernakular Cina dan mengemukakan Laporan yang dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu. Menurut mereka sekolah vernakular Cina boleh berperanan untuk membina bangsa yang bersatu padu secara berasingan. Jawatankuasa ini mencadangkan, antara lain:

• Penggunaan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar diteruskan.
• Menyokong penggubalan sistem pendidikan kebangsaan, tetapi sekolah aliran Cina perlu dikekalkan dengan sukatan pelajarannya dan disesuaikan mengikut persekitaran masyarakat tempatan.

1.5 Laporan Cheeseman

Jjhgjuvgsfugahujs
Jhgyufrsdfd
Ghdghfgfjju

1.6 Ordinan Pelajaran 1952

Jawatankuasa Penasihat Pusat berkenaan pendidikan telah dibentuk bagi mengkaji pendapat-pendapat yang bercanggah yang dicadangkan oleh kedua-dua laporan yang membangkitkan perdebatan yang meluas serta hebat di seluruh Negara. Perdebatan jawatankuasa ini yang merupakan satu kompromi di antara pendapat-pendapat yang berlainan dan seterusnya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran 1952.

Ordinan pelajaran 1952 merupakan satu usaha yang unggul dibuat oleh British dalam usaha untuk memperundangkan satu dasar pelajaran yang mempunyai bidang dan ciri-ciri kebangsaan.

Ciri-ciri penting dasar yang terkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952 adalah:

• Bagi memajukan suatu sekolah kebangsaan dengan pengenalan dwibahasa secara beransur-ansur kepada sekolah-sekolah vernacular Melayu dan Tamil melalui pengenalan kelas-kelas bahasa kebangsaan.
• Menghadkan kadar kemasukan pelajar ke sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris.
• Mengembangkan sekolah-sekolah menengah vokasional.

Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan mengahdapi masalah kawangan berpunca daripada kemelesetan ekonomi ini kerana sebahagian besar peruntukan terpaksa dibelanjakan untuk menghadapi keadaan darurat yang dialami ketika itu. Ordinan pelajaran 1952 ini tidak mendapat sambutan yang baik, menyebabkan majlis Tertinggi Persekutuan sekali lagi melantik jawatankuasa Khas untuk mencari penyelesaian bagi melaksanakan dasar yang tercatat dalam Ordinan 1952.

falsafah pendidikan kebangsaan

1.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kemajuan sesebuah Negara adalah bergantung kepada sistem pendidikan selain daripada kestabilan politik, ekonomi, kebudayaan dan sistem nilai masyarakat. Ketiadaan dasar pendidikan yang sempurna dan mantap dengan falsafah yang jelas, sistem pendidikan adalah tidak sempurna sifatnya kerana mempunyai pelbagai bentuk dan corak yang tidak berfokus. Dasar-dasar yang dibuat dalam sesuatu pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana terkandung di dalamnya matlamat yang hendak dicapai; kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan; ciri-ciri yang hendak dibentuk; dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan.

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab فلسفة yang juga berasal daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas dan tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran. Falsafah dapat dikategorikan 5 bidang berdasarkan persoalannya, iaitu metafizik iaitu bidang falsafah ini memikirkan tentang kewujudan. Seterusnya epistemologi. Bidang falsafah ini memikirkan tentang ilmu pengetahuan. Etika pula bermaksud memikirkan tentang kemoralan manusia. Logik adalah satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia. Bidang yang terakhir ialah estetika.

Falsafah pendidikan lahir setelah melalui proses yang bersinambungan yang selari dengn proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia. Bermula sejak tenah air menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Selepas merdeka, satu jawatankuasa dibentuk, iaitu Jawatankuasa Rahman Talib bertujuan untuk mengkaji Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran 1957 yang digunapakai dalam sistem pendidikan selepas merdeka. Jawatankuasa ini mengeluarkan laporan iaitu Penyata Rahman Talib 1960. kementerian pelajaran pada masa itu banyak berpandu kepada Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960, dalam usaha memberi pelajaran kepada rakayat di tanah air. Soal perpaduan kaum adalah menjadi agenda uatam dalam melaksanakan aktiviti pendidikan pada masa itu.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dengan mantap masih dikekalkan dalam Akta pendidikan 1996. Namun tambahan perkataan telah dilakukan bagi memantapkan lagi falsafah ini. FPN seterunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berdasarkan kepada FPK, matlamat pendidikan negara dapat ditafsirkan sebagai usaha yang komprehensif dan berterusan untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik, berketerampilan seterusnya seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani tanpa mengetepikan kepercayaan dan kepatuhan kepada perintah tuhan. Matlamat pendidikan Negara dapat dihuraikan sebagai menyedia dan memberi peluang pendidikan kepada semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan asal keturunan. Seterusnya memberi peluang kepada rakyat menuntut ilmu sepanjang hayat selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup dan membolehkan mereka melakukan kerja dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari. Konsep pendidikan berdasarkan FPK, adalah suatu usaha yang berterusan dan berlangsung hayat (life long education). Rasionalnya ialah kerana manusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan. Proses pertumbuhan dan perkembangan akan menyebabkan perubahan berlaku pada individu. Usaha adaptasi kepada perubahan perlu kepada latihan kemahiran mehupun pendidikan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
‘Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.’

2.0 ELEMEN-ELEMEN DAN UNSUR-UNSUR PENTING DALAM FALSAFAH PENDIDIDKAN KEBANGSAAN.

Antara elemen-elemen dan unsur-unsur penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan ialah pendidikan suatu usaha berterusan. Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Elemen yang kedua ialah perkembangan potensi individu. Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan. Bakat, potensi dan kebolehan akan menjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka. Elemen yang ketiga ialah perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan; sebaliknya secara berasingan; sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Seterusnya elemen yang keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis. Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani). Keimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain. Individu sedemikian memiliki katahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul. Elemen kelima ialah unsur intelek. Unsur intelek mempunyai kemahiran asas 3M. Membaca, menulis dan mengira. Ianya berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Implikasinya, pelajar sanggup berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran. Unsur rohani ialah elemen keenam. Implikasinya, individu akan menyedari dan percaya pada Tuhan selain bersyukur dengan pemberian Tuhan. Individu juga akan berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur emosi pula menyebabkan individu mempunyai emosiyang matang dan stabil. Individu itu juga akan memiliki dan memupuk peraaan kasih sayang.

Elemen kelapan ialah unsur jasmani. Individu akan menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal, mengembangkan bakat dan mkemahiran teknikal disamping menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ialah elemen kesembilan. Elemen ini membantu individu unntuk mengakui tentang kewujudan Tuhan dan menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh tuhan. Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. Elemen seterusnya ialah rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Cintai ilmu pengetahuan dan berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.

Rakyat Malaysia yang berketerampilan ialah elemen yang kesebelas. Ianya mempunyai kecekapan dan kompetensi diri dan berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Individu juga akan berpandangan jauh dan berinisiatif. Seterusnya ialah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab iaitu boleh dipercayai dan menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap. Mematuhi peraturan dan undang-undang negara. Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat agama, bangsa dan negara. Elemen yang ketiga belas ialah rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Berfikiran waras dan berjiwa tenang. Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Elemen keempat belas pula ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Individu akan berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melaluisifat tolenrasi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan sebagainya. Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasr-dasar yang ditetapkan. Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara, mematuhi perlembagaan dan peraturan negara. Mempertahankan maruah diri, profesion agama, bangsa dan negara.

Elemen yang kelima belas ialah berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Individu mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi dan berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup. Elemen yang terakhir ialah sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Individu akan menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup dan memupuk persefahaman keluarga. Mematuhi norma masyarakat dan cintakan negara.



3.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA.

Elemen-elemen dan unsur-unsur penting dalam FPK ini memberi implikasi terhadap sistem pendidikan negara. Antara implikasi yang telah digariskan ialah FPK adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh itu, kandungan FPK hendaklah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidikbagi memastikan Kerajaandan matlamat pendidikan tercapai. Dalam pada itu, amat penting agar FPK dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Para pendidik juga hendaklah memainkan peranan katif dalam merealisasikan FPK. Dalam hal tersebut, mereka hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sehubungan itu, mereka seharusnya bersedia untuk membina ilmu dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, kemudian berani dan sanggup melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang diajar.

Selain itu, para pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas dan tanggungjawab mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja. Malahan pembentukan modal insan itu juga perlu diberi perhatian yang serius. Adalah diharapkan agar generasi muda menjadi individu yang berkembang secara menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa dan tenaga mereka demi keluarga, masyarakat dan negara. Sebagai rumusan, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan hanya satu impian sahaja.
Falsafan Pendidikan Kebangsaan dapat membantu sekolah dalam proses mewujudkan sekolah berkesan. Sekolah rendah adalah tempat pendidikan awal anak-anak secara formal. Pada zaman moden ini, sekolah menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan pendidikan yang baik dan sempurna berbanding dengan rumah tangga dan keluarga. Di sekolah bermulanya pembinaan peribadi dan kecemerlangan seseorang pelajar. Menerusi pendidikan di sekolah, terdapat perancangan dan pelaksanaan aktiviti pendidikan yang tersusun rapi bagi mencipta kecemerlangan bagi setiap pelajar. Sekolah adalah tempat untuk kecemerlangan dan bukan untuk kegagalan.



4.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
4.1 Kepimpinan
Keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan disamping mewujudkan rasa kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu. Pengetua merupakan pengurus utama kepada sesebuah organisasi persekolahan. Sekiranya pengurusan dapat dilaksanakan dengan efektif dan cekap secara tidak langsung masalah di sekolah dapat diselesaikan dan ini membantu ke arah pembentukan sekolah berkesan. Kepimpinan sesebuah sekolah dapat dikaitkan dengan elemen penting dalan FPK iaitu rakyat Malaysia yang berketerampilan harus mempunyai kecekapan dan kompetensi serta berkebolehan untuk menjalankan tugas. Daripada kajian-kajian yang telah dilakukan mengenai sekolah berkesan dapatlah dirumuskan bahawa apa yang membezakan keberkesanan sesebuah sekolah dengan sebuah sekolah yang lain adalah kepimpinan pengetua. Pengetua ialah pemimpin teknikal yang seharusnya meminimumkan peranan sebagai jurutera pengurusan. Kepemimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum. Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan, pengelolaan, penjadualan dan penyelarasan. Kejayaan kepimpinan sesebuah sekolah bermula dari pucuk pimpinannya. Pengetua sebagai pemimpin manusia. Dalam hal ini, pengetua memainkan peranan sebagai jurutera manusia. Maksudnya pengetua seharusnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, dan perhubungan individu serta mampu menggerakkan stafnya. Ini selaras dengan matlamat FPK iaitu untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik dan berketermapilan. Pengetua juga berperanan sebagai pemimpin simbolik. Dalam konteks ini pengetua meminimumkan peranan sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu perkara yang hendak dicapai. Kepemimpinan seumpama ini termasuklah aktiviti seperti melawat bilik darjah dan kawasan sekolah, di samping cuba mengenali pelajar dengan lebih dekat. Organisasi yang baik di sesebuah sekolah dapat melancarkan perjalanan pentadbiran sekolah tersebut untuk melahirkan individu yang seimbang. Kepemimpinan budaya amat penting bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Pengetua yang menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik.



4.2 Budaya Sekolah
Budaya sekolah di dapati merangkumi seluruh alam sekitar dan murid di sekolah. Alam sekitar yang menggalakkan dapat melahirkan kesan baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai. Oleh yang demikian, usaha untuk pembentukan akhlak dan sahsiah murid dapat berjalan dengan licin serta efektif. Nilai murni pula adalah unsur yang amat penting dan akan diserapkan ke dalam setiap diri pelajar. Nilai-nilai murni bersifat sarwajagat dan adalah selaras dengan agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia. Nilai-nilai ini juga berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Matlamat pihak kerajaan bagi melahirkan Modal Insan iaitu melahirkan insan yang bukan sahaja intelek dalam akedemik malahan mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik. Sekolah yang berkesan perlu mempunyai budaya dan iklim pengurusan yang baik. Setiap sekolah perlu membina iklim yang bersesuaian dengan matlamat dan persekitaran sekolah tersebut.
Budaya sekolah juga bermaksud personaliti atau keperibadian sekolah yang mempengaruhi cara sesuatu kerja itu dijalankan. Definisinya tentang bidang kuasa, peranan, tugas dan budaya diri membentuk satu rangka kerja yang dapat mempengaruhi atau mengubah budaya sekolah tersebut. Kecemerlangan sekolah ini adalah hasil transformasi yang telah dimulakan oleh pengurus sekolah yang terlebih dahulu dan kecemerlangannya masih dikekalkan hingga kini walaupun corak kepimpinan sekolah masih mengamalkan budaya kerja cemerlangan, seiring dengan hasrat mencemerlangkan pendidikan. Berdasarkan instrumen profil budaya sekolah, guru-guru dan pelajar mempunyai hubungan interpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut. Mereka sentiasa memandang ke hadapan dalam usaha mereka dalam meningkatkan profesionalisme mereka. Pelajar-pelajar pula merasa seronok menjadi pelajar di sekolah itu.
Di sekolah juga pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga pelajar. Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa mengajar. Pelajar mengikuti aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-masing. Guru di sekolah berkesan adalah inovatif dalam pengajaran dan amalan penilaian mereka. Pelajar dan guru disekolah akan merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik. Konsep mengenai budaya sekolah telah ditakrifkan dengan pelbagai cara, tetapi pada keseluruhannya adalah dipersetujui umum bahawa budaya sesebuah sekolah itu merupakan perasaan atau gambaran suasana yang seolah-olah dapat dirasakan ketika seseorang itu berada di sekolah tersebut. Antara konsep tersebut ialah Guru merasa selesa, yakin dan puas. Guru tidak merasa tertekan atau bercelaru. Pengetua mempamirkan keyakinan diri, bijaksana dan berlaku adil. Pengetua mudah dibawa berbincang dan mempunyai fikiran yang terbuka. Pengetua merupakan seorang pemimpin yang baik, mampu membimbing kakitangannya serta memperkembang potensi mereka. Pelajar merasa bangga terhadap hasil kerja mereka dan terhadap sekolah mereka. Keadaan ini dapat mengeratkan hubungan antara pendidik sejajar dengan hasrat FPK.



4.3 Ko-kurikulum
Ko-kurikulum juga penting dalam merealisasikan FPK. Antara kepentingannya ialah untuk mewujudkan semangat kewarganegaraan dan semangat perpaduan. Apabila sesuatu aktiviti diadakan, penglibatan pelajar dari pelbagai bangsa dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Ko-kurikulum juga membantu untuk memaju dan mengembangkan bakat minat serta kemahiran murid. Sekolah yang aktif dalam bidang ko-kurikulum boleh membantu murid mengembangkan minat mereka dan mengasah bakat. Falsafah pendidikan kebabgsaan telah menggalakkan pelajar aktif dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Minat dan bakat murid yang diasah dan dibentuk boleh melahirkan individu yang berjaya serta membantu mengharumkan nama sekolah. Ko-kurikulum juga berperanan melatih murid mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Contohnya sekolah menganjurkan permainan kanak-kanak pada musim cuti sekolah. Aktiviti ini membolehkan pelajar mengisi masa cuti mereka di samping mengekalkan kesihatan yang baik. Selain itu, ko-kurikulum melatih murid dari segi ketahanan mental dan fizikal. Ini dapat mencapai hasrat FPK untuk melahirkan individu yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Peranan sekolah dalam membentuk ko-kurikulum ialah memastikan penubuhan persatuan, kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan unit-unit pakaian seragam. Sekolah juga perlu menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan sempurna dengan susunan progaram yang lengkap, sesuai dan praktikal. Selain itu sekolah juga perlu menetukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum saperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan da juga unit berunifom.
Bidang ko-kurikulum perlu diberi kedudukan yang sewajarnya, di samping memerlukan komitmen yang jitu daripada penyertaan pelajar dan guru iaitu dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dan minat masing-masing. Jadual waktu kegiatan ko-kurikulum perlu lebig fleksibel agar tidak membebankan murid. Kad ko-kurikulum adalah penting kerana dapat mengesan dan merekodkan pencapaian pelajar sepanjang tahun penglibatannya. Data ini menjadi kriteria pemberian anugerah, sijil dan gred pelajar. Penglibatan ibu bapa, guru dan murid boleh membantu dalam membangunkan dan memajukan sekolah melalui aktiviti ko-kurikulum.
Penyertaan maksima murid dan guru dalam aktiviti ko-kurikulum sememangnya boleh dicapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh oleh setiap warga sekolah. Cara dan tindakan yang sesuai perlu diambil agar murid atau guru boleh memberi sumbangan bermakna kepada sekolah. Sememangnya sokongan dan kerjasama semua pihak adalah penting dalam usaha menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.



4.4 Guru
Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Guru berperanan sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai. Guru juga sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka. Selain itu, guru perlu menjadi contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar. Seperti dalam elemen FPK yang menyatakan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Elemen ini dapat dikaitkan dengan peranan guru yang berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya. Dalam elemen ini juga guru perlu mempertahankan maruah diri dan profesion, agama, bangsa dan negara. Guru juga sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan dan Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya. Dalam proses mengajar dan belajar, guru dituntut memiliki pelbagai pengetahuan dan pemahaman yang bermanfaat untuk menimbulkan dan meningkatkan motivasi pelajarnya semasa belajar, sehingga proses belajar yang dibimbingnya berjaya secara optimal. Oleh kerana itu, guru perlu memahami dan menghayati serta menerapkan pelbagai prinsip dan teknik-teknik untuk membangkitkan dan meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Memang banyak sekali prinsip dan teknik yang berbeza-beza yang perlu diketahui oleh guru, kerana di dalam usaha memotivasi pelajar sesungguhnya tidak hanya satu prinsip dan teknik yang paling mujarab dipakai untuk semua pelajar, sepanjang masa, dan untuk semua situasi. Berbeza mata pelajaran, berbeza keperibadian pelajar, dan berbeza keperibadian guru menuntut perbezaan prinsip dan teknik yang dipakai dalam memotivasi pelajar. Oleh kerana itu, perbezaan mata pelajaran, keperibadian pelajar dan keperibadian guru harus dipertimbangkan dalam memilih prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang akan dipakai dalam memotivasi pelajar.
Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.
Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan perkembangan dan perubahan tingkahlaku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasi itu perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik, misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral. Oleh itu guru di sekolah perlu memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan semasa dan kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar serta membawa perubahan semasa.



4.5 Disiplin
Sejak kewujudan institusi persekolahan di negara ini, tiap-tiap buah sekolah sama ada sekolah menengah ataupun sekolah rendah perlu melantik seorang guru yang bertindak sebagai guru disiplin. Pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah yang berkesan mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran. Untuk membentuk sekolah berkesan, pelajar-pelajar di sekolah berkenaan perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan membentuk membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dapat diatasi. Ini kerana ada juga sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output sesuatu sekolah itu.
Tugas guru disiplin ini adalah untuk memastikan tiap-tiap pelajar di sekolah tersebut mengikut undang-undang yang ditetapkan. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan kesalahan seperti salah laku pelajar iaitu datang lewat, tidak hadir ke sekolah, rambut panjang dan sebagainya sehinggalah kepada kesalahan yang berat seperti merokok dan menghisap dadah di bawah pemerhatian guru disiplin. Guru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan pelajar. Sekolah lebih memberi tumpuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru dengan pelajar adalah penting. Guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dengan cara ini pelajar merasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Oleh yang demikian pelajar yang bermasalah tidak segan untuk berbincang dengan guru mereka berkenaan masalah yang dihadapi. Keadan ini mengelakkan pelajar dari melepaskan masalah mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang booleh menjejaskan ketenteraman awam seperti salah laku jenayah dan gengsterisme. Di sekolah pula penguatkuasaan disiplin perlulah tegas dan berterusan. Usaha yang berterusan perlu dilakukan termasuk mengukuh, memperjelas dan menentukan kebolehgunaan surat-surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan perubahan-perubahan persekitaran dan masa. Sistem pengurusan disiplin di sekolah juga perlu berkesan meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta hukuman dan ganjaran. Pengawalan displin perlu dilakukan secara bersepadu atau melalui kaedah permuafakatan dengan melibatkan semua kumpulan atau pihak iaitu sekolah, ibu bapa, masyarakat, kerajaan dan penguatkuasa undang-undang. Kerjasama perlu dibentuk melalui satu rangkaian yang jelas dan melibatkan pelbagai aktiviti seperti penyampaian dan penyaluran maklumat tentang disiplin yang melibatkan pelajar sekolah harian kepada pihak pengurusan sekolah dan pihak penguatkuasa undang-undang. Kerjasama dalam bentuk perancangan dan penyediaan pelan tindakan secara bersama berdasarkan kefahaman yang jelas untuk mencegah dan membasmi aktiviti geng dan samseng di kalangan pelajar. Aktiviti pengawalan dan tindakan bersama juga perlu bagi menghapus aktiviti-aktiviti gengster dan samseng di dalam sekolah khususnya tindakan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan disiplin. Elemen yang terkandung dalam FPK perlu didedahkan seperti unsur rohani yang membentuk pelajar supaya berakhlak mulia dan bersyukur dengan pemberia Tuhan. Pihak sekolah juga perlu melemahkan dan menghapuskan faktor-faktor penarik dan penolak yang mempenagruhi pelajar untuk terlibat dalam masalah disiplin dengan menjadikan sekolah sebagai faktor yang kuat untuk menarik semua kumpulan pelajar agar sayangkan sekolah dengan menyediakan sekolah dan persekitannya sebagai tempat yang kondusif dan seronok untuk belajar. Langkah seterusnya ialah mengawal jaringan aktiviti tidak berfaedah yang melibatkan pelajar dengan menyediakan pelan tindakan dan melaksanakannya secar bersama melalui tindakan berkesan. Antaranya pihak sekolah harus menentukan bahawa pelajar-pelajar tidak melepak sama ada dalam waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan kerana ini akan mendedah pelajar kepada pelbagai pengaruh yang tidak sihat. Selain itu pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan satu sistem kawalan mencegah ahli-ahli kumpulan gengster dan samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa dalam masa tiga waktu utama iaitu sebelum persekolahan, semasa rehat dan waktu selepas tamat sesi persekolahan harian.
5.0 RUMUSAN

Dunia yang semakin kompetetif sesungguhnya memerlukan keberkesanan diperingkat sekolah disebabkan Malaysia akan bertaraf antarabangsa dan memerlukan kepemimpinan yang berwibawa, teknologi bertambah canggih serta ragam manusia yang berbagai-bagai. Sememangnya Kementerian Pendidikan bertekad untuk melahirkan manusia insan kamil yang seimang pembangunan rohani, emosi, jasmani dan intelek sebagaimana yang dituntut oleh Falsafah Pendidikan Negara. Manusia beginilah yang nantinya berupaya mendokong Wawasan 2020. Untuk mencapai tahap yang dikatakan sekolah cemerlang dan berkesan dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah mudah. Mencapai tahap yang betul-betul sempurna dan ideal adalah sesuatu yang sukar kerana dalam proses mencapai sesuatu objektif, terdapat beberapa masalah atau kekangan yang perlu dihadapi. Salah satu faktor yang menghalang pengurusan yang cekap bagi membentuk sekolah berjaya ialah proses birokrasi. Tidak dapat dinafikan bahawa kawalan dari bahagian bahagian seperti Kementerian Pendidikan dan juga Jabatan Pendidikan Daerah adalah diperlukan untuk meningkatkan keupayaan sekolah. Pelbagai aspek perlu diberi perhatian. Contonya seperti kepimpinan sesebuah sekolah, budaya sekolah, ko-kurikulum yang mantap, peranan guru dan seterusnya pengawalan disiplin yang baik. Selain itu, Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam membimbing dan mengasuh anak-anak mereka di rumah sebelum mereka dihantar ke sekolah atau keluar dari rumah agar mereka mempunyai ketahanan iman dan mental dalam menghadapi cabaran dan rintangan arus perdana globalisasi. Akhirnya dalam usaha membina keberkesanan sekolah, reformasi atau program pembaikan sekolah haruslah merupakan tindakan pembangunan dalaman sekolah. Sememangnya dalam pelaksanaan reformasi di sekolah, penglibatan setiap masyarakat sekolah amat penting, sungguhpun tugas utama sekolah dan guru berkaitan dengan pengajaran dan pelaksanaan kurikulum, namun usaha meningkatkan kemajuan sekolah perlu dihayati dan ditangani bersama demi membentuk sekolah yang berkesan dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

kemerdekaan tanah melayu

Sejarah kemerdekaan

Semangat nasionalis sememangnya telah wujud di Tanah Melayu sejak abad kesembilan belas, dan menjelang abad kedua puluh lebih ramai pejuang-pejuang kemerdekaan muncul di seluruh tanah air. Semangat kebangsaan ini sedikit demi sedikit menular ke segenap pelosok Tanah Melayu. Setahun selepas Jepun menyerah kalah pada akhir Perang Dunia Kedua, lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO), yang dipimpin oleh Dato' Onn bin Jaafar.

Penubuhan UMNO adalah hasil perpaduan bangsa Melayu - rakyat bersama raja - kerana menentang rancangan Malayan Union yang direncanakan oleh kerajaan British. Pelaksanaan Malayan Union akan menghapuskan segala tradisi (sistem politik, pentadbiran dan adat resam) serta sistem kerajaan semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Pada 1951, tampuk pimpinan UMNO diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman Putra. Perlu juga disebut bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu bukanlah perjuangan orang-orang Melayu semata-mata. Tanah Melayu ketika itu sudah menjadi kediaman pelbagai kelompok masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Walaupun orang-orang Melayu menguasai kepimpinan politik, pemimpin-pemimpin Melayu ini sedar akan struktur masyarakat Tanah Melayu yang ibarat aur dengan tebing. Mereka sedar, perjuangan kemerdekaan tanpa penyertaan kaum-kaum lain tidak akan berhasil. Mereka dapat melihat bahawa dalam jangka panjang, Tanah Melayu mesti ditadbir oleh warga sendiri, di bawah satu payung politik yang teguh dan kukuh. Jelaslah bahawa perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu merupakan perjuangan semua rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum.





Proses menuntut kemerdekaan

Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan mengandungi empat wakil dari Parti Perikatan dan empat wakil dari Majlis Raja-Raja bertolak ke London, untuk membincangkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas tiga minggu mengadakan rundingan, pada 8 Februari Tunku menandatangani Perjanjian Kemerdekaan London. Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos tahun berikutnya. Sekembalinya Tunku dan rombongannya dari London, berita gembira itu telah disampaikan kepada orang ramai pada satu perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka - bandar yang telah menyaksikan banyak penjajah datang dan pergi. Berita ini telah disambut dengan penuh kegembiraan oleh semua penduduk Tanah Melayu.

Pada detik 12 malam 31 Ogos 1957, perjuangan menuntut kemerdekaan akhirnya membuahkan hasil, dan impian akhirnya menjadi kenyataan. Di Padang Kelab Selangor (sekarang Dataran Merdeka), bendera Union Jack diturunkan buat kali terakhir di bumi Tanah Melayu dan bendera Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh rasa syukur dan bangga. Pada esok harinya, kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dengan disaksikan beribu-ribu warganegara, Raja-Raja Melayu, Duke of Gloucester (mewakili Ratu Elizabeth) serta wakil-wakil kerajaan British. Ini adalah satu detik yang sangat penting dalam sejarah tanahair - akhirnya penjajahan yang telah bertapak sejak tahun 1511 telah dapat dihapuskan.





Pengisytiharan kemerdekaan

Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia kini) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.

Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh beberapa orang pemuda UMNO sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu. Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum dipenuhi oleh pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah ditangguhkan selama sejam dan pengumuman majlis bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti yang dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di sekolah-sekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion yang membuat perarakan ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan. Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan semua peralatan kamera dan media ketika itu dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan, hujan reda yang memungkin segala persiapan sebelum upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah ramai untuk menyaksikan upacara bersejarah ini.

Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan pengunduran daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka. Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir satu-satu upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, baginda Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan mendoakan kejayaan negara ini. Kemudian, Perdama Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain akan pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pengisytiharan Kemerdekaan".

Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das. Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.

Antara barisan pertama Perwakilan Asing datang ke Tanah Melayu ialah:

• Raja dan Permaisuri Siam
• Putera dan Puteri Mahkota Jepun
• Johannes Gerhardus Strijdom, Perdana Menteri Afrika Selatan
• Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri India
• Huseyn Shaheed Suhrawardy, Perdana Menteri Pakistan
• Pham Van Dong, Perdana Menteri Vietnam
• Solomon Bandaranaike, Perdana Menteri Ceylon (Sri Lanka)
• U Nu, Perdana Menteri Burma
• Sim Var, Perdana Menteri Kemboja
• Sir Alexander Grantham, Gabenor Hong Kong
• John Foster Dulles, Setiausaha Negara Amarika Syarikat
• Duta Australia, Kanada dan New Zealand
• Lim Yew Hock, Ketua Menteri Singapura
• Putera Henry, Duke of Gloucester (wakil Ratu Elizabeth II), Puteri Alice, Duchess of Gloucester dan Putera William of Gloucester
• Sir Gerald Templer (bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu)
• Lady Gurney dan Lady Gent (isteri bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu)

Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan




Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan (Pemasyhuran) Kemerdekaan

Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.




Pemasyhuran kemerdekaan

PENGENALAN

Sejarah awal Malaysia

Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial. Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2 Masehi lagi. Ianya membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-14, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.

Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu. Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu. Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thailand.

Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu. Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeri British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.



Definisi negara

Negara adalah satu komuniti politik tersusun yang menakluki sesuatu kawasan dan mempunyai kedaulatan luaran dan dalaman yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap penggunaan kekerasan yang difikirkan wajar. Perkataan negara dalam maksud terkini biasanya merujuk kepada konsep yang lahir hasil Triti Wesphalia pada tahun 1648 yang memperkenalkan konsep moden negara nation-state (negara bangsa), berbanding negara empire-state (negara empayar) yang kuno. Contohnya, Persekutuan Malaysia dan Turki yang wujud sebagai nation-state pada hari ini berbanding empire-state empayar Melaka dan Turki Uthmanniyah yang kuno. Negara daripada aspek politik state biasanya digunakan dalam bidang sains politik.

Negara wujud sejak sekian lamanya daripada generasi-generasi terdahulunya lagi, dan yang telah meninggal pun dianggap ahli. Generasi masa depan juga dikira sebagai ahli. Tiada sesiapa yang meletakkan garisan masanya, tetapi satu negara secara biasanya beberapa abad lamanya wujud. Sebagai contoh, negara China telah dikatakan wujud selama 5,000 tahun. Perkara yang berlaku pada zaman silam juga diadili dalam konteks ini, contohnya dengan merujuk kepada "tentera kita" dalam konflik yang berlaku pada jauh di masa terdahulu. Perkataan negara seringkali menjadi sinonim kepada kumpulan etnik seperti bangsa dan budaya, kendatipun etnik adalah satu aspek penting identiti budaya atau identiti sosial untuk ahli kebanyakan negara, orang yang mempunyai asas etnik yang sama mungkin hidup di negara bangsa yang lain dan diperlakukan sebagai ahli negara lain oleh sebab ini. Identiti kebangsaan adalah pada lazimnya dipertikai, sehingga ke individu.

Satu negara politik yang yang mengatakan dirinya sebagai ibu kepada sebuah kelompok ahli negara adalah satu negara bangsa, dan kebanyakan negara politik menjadi sebahagian daripada katagori ini, walaupun adanya pertikaian ganas mengenasi legitimasi mereka. Dalam penggunaan harian, perkataan seperti rujukan negara sebagai satu kumpulan bangsa, atau negara politik, atau satu istilah geografi, serta penggunaan perkataan tanah mempunyai maksud yang hampir sama. Sebagai contoh, satu wilayah dibawah satu kerajaan berdaulat atau penduduk wilayah itu, atau kerajaan itu sendiri, dalam maksud lainnya, satu negara de jure atau de facto. Dalam maksud yang lebih tepat pula, perkataan seperti negara boleh dilihat daripada tiga aspek, iaitu dari aspek budaya atau bangsa, aspek politik atau aspek sesuatu kawasan geografi. Aspek-aspek ini lebih jelas dalam bahasa Inggeris dimana tiga perkataan berbeza, nation, state dan country wujud untuk setiap aspek ini.

Para saintis pada masa kini selalunya mengkaji empat konsep negara iaitu:

1. Negara sebagai kerajaan merupakan aktor dalam sendirinya. Dalam sesetengah pendekatan ini negara adalah aktor penggabungan pelbagai individu di mana kumpulan individu ini berinterkasi dengan kumpulan lain untuk memaksimakan kepentingan mereka sendiri
2. Negara adalah birokrasi awam dan orde undang-undang yang diinstitusikan. Teori pluralis mengenai negara menanggap bahawa negara adalah aktor-aktor politik berlainan dan kebaikan negara bergantung kepada pembahagian kuasa terhadap individul yang paling berperwakilan.
3. Negara adalah klas pemerintah (Teori Marxis negara). Dalam pendapat ini negara adalah distorsi kehidupan sosial kerana ia melayan kehendak klas pemerintah dengan menggalakkan eksploitasi dari manusia keatas manusia.
4. Negara adalah orde norma (Teori simbolik dan budaya negara). Pada amnya, pendapat ini mengatakan bahawa negara adalah hasil norma, budaya dan expresi moral kehidupan sosial.




Erti kemerdekaan

Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan. Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat. Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul (sering kali untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu.

Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar peluasan kuasa atau imperialisme. Kemerdekaan boleh diperoleh melalui penyahjajahan, pemisahan atau pembahagian. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan dengan pemberontakan yang biasanya merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara ganas. Ini kekadang hanya bertujuan untuk pengagihan semula kuasa dengan atau tanpa unsur pembebasan seperti dalam kes pendemokrasian di dalam sebuah negara dan oleh itu, bentuk negara itu tidak berubah. Umpamanya, Revolusi Oktober Rusia tidak bertujuan untuk memperoleh kemerdekaan negara; sebaliknya Perang Revolusi Amerika Syarikat bertujuan sedemikian.

Terdapat banyak sebab mengapa sebuah negara atau wilayah hendak menuntut kemerdekaan. Kekecewaan terhadap pihak berkuasa merupakan alasan yang sering dikemukakan oleh gerakan-gerakan pengikut faham pemisahan, tetapi kesusahan ekonomi biasanya adalah yang mencetuskan tindakan gerakan-gerakan ini. Cara untuk menuntut kemerdekaan berbeza-beza dari tunjuk perasaan yang aman ke perang saudara yang ganas. Tarikh kemerdekaan (atau kekadangnya permulaan pemberontakan) biasanya dirayakan sebagai hari kelepasan negara yang dikenali sebagai hari kemerdekaan.