Friday, July 03, 2009

malayan union

MALAYAN UNION

DEFINISI

Malayan Union ialah Negara dan bangsa yang diperkenalkan oleh british pada tahun 1946 untuk menghapuskan Negara dan bangsa dibina sejak zaman kesultanan melayu Melaka.

SEBAB-SEBAB PENGENALAN MAYAN UNION

1. Kerajaan British memperkenalkan Malayan Union sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri.
2. British menginginkan pentadbiran yang licin dengan menyeragamkan pentadbiran yang berbeza, iaitu Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
3. Kepelbagaian system ini telah menelan kos yang besar dan menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang.
4. Berharat membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan Negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.
5. British ingin memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi tanah Melayu tidak terbantut dan terjamin.
6. Menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu.
7. British berhasrat mengurangkan kuasa politik orang Melayu.


KERAKYATAN MALAYAN UNION

1. Jus Soli merujuk kepada kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura.
2. Mereka yang berumur 18 tahun ke atas serta bermastautin selama 10 tahun akan diberikan kerakyatan.
3. Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegara di atas, turut diberikan kerakyatan.
4. Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya boleh menjadi rakyat Malayan Union.

No comments:

Post a Comment