Friday, July 03, 2009

interaksi antara tamadun

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

1.0 PENGENALAN

Tiap-tiap tamadun utama dunia meninggalkan cebisan-cebisan sumbangan ke atas tamadun-tamadun lain yang sezaman dengannya. Apabila sumbangan sesuatu tamadun utama itu berjaya melepasi sempadan zamannya, serta dapat pula diterima sebagai sumbangan yang bersifat sejagat oleh tamadun-tamadun lain, maka apresiasi terhadap sumbangan tersebut menjadi lebih ironis dan bermakna. Istilah tamadun yang digunakan oleh bahasa melayu ialah perkataan yang berasal daripada bahasa arab. Dalam teori antara bahasa, penggunaan istilah “tamadun” oleh bahasa melayu dikenali sebagai fenomena peminjaman. Peminjaman istilah seumpama ini adalah perkara yang tidak dapat dielakkan lagi, iaitu yang merujuk kepada faktor kewujudannya di satu pihak dan faktor ketidakwujudannya di satu pihak yang lain. Daripada sudut makna atau semantik, “tamadun” adalah kata terbitan yang berakar umbi daripada kata kerja “maddana” yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Perkataan tamadun melahirkan beberapa perkataan lain yang menjelaskan lagi kandungan maksud yang diungkapknya. Ini bermakna dalam kronologi sejarah, tamadun bukanlah perkataan tunggal dan perkataan pertama yang diperkenalkan untuk membincangkan tentang konsep pembangunan, kemajuan pencapain manusia.


2.0 PRINSIP-PRINSIP DAN KONSEP ASAS TAMADUN

Antara prinsip-prinsip asas kelahiran tamadun manusia ialah sosioekonomi iaitu kehidupan manusia yang menetap seperti yang disentuh di dalam bahagian etimologi tamadun iaitu yang merujuk kepada pengertian hadarah menjadi prinsip paling asas yang membolehkan manusia menjalani kehidupan seharian yang lebih sistematik. Seterusnya ialah interaksi antara manusia dan alam iaitu interaksi seorang manusia dengan alam sehingga mencetuskan nilai-nilai spiritual terhadap alam dan pengalaman kepada diri sendiri tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain. Sebelum terciptanya tamadun, terdapat elemen-elemen asas pembentukan tamadun. Antara elemen asas pembentukan sesebuah tamadun ialah penempatan manusia di satu atau beberapa pusat bandar yang srategik, hayat penghidupan yang stabil dan panjang, wujud organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosialisasi dan pendidikan yang teratur serta sisitematik, terdapatnya satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri yang menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian, dan pewaris khazanah ilmunya, terdapatnya undang-undang yang teratur dan beribawa untuk mengawal perlakuan dan tindak-tanduk anggota masyarakatnya dan akhir sekali ialah lahir dan berkembangnya daya kekreatifan seperti seni, sastera, falsafah dan juga meningkatnya penciptaan sains dan teknologi.


3.0 CIRI-CIRI TAMADUN

Mengikut pendapat Lucien Goldmann, unsur utama yang menjadi pembeza antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (world view/weltanschauung). Berdasarkan konsep pedagangan semesta, tamadun manusia secara tipologi dapat dibahagikan kepada empat ciri yang utama, iaitu tamadun meterialistik, tamadun intelektual, tamadun mistik dan tamadun berasaskan wahyu. Namun dalam perkembangan sesebuah, terdapat tahap-tahap peningkatannya yang boleh diukur berdasarkan dua asas utama, iaitu pencapaiannya fizikal boleh dilihat dari segi penubuhan sesebuah kerajaan atau empayar yang luas melalui penggabungannya beberapa pusat perbandaran yang berdekatan, peluasan sempadan atau melalui penaklukan. Seterusnya ialah pencapaian intelektual boleh dilihat dari segi penemuan fikiran yang baharu ataupun penemuan, penyuburan dan penafsiran kembali fikiran lama yang membuahkan sistem falsafah, pemikiran, sains dan teknologi. Darcy roberio telah memberikan sembilan ciri tamadun yang masih berada dalam proses perkembangan. Antaranya ialah berakhirnya corak hidup nomad dengan penciptaan peralatan baharu dalam bidang pertanian. Bermulanya aktiviti penternakan dan pengkhusussan kerja berasaskan kelompok kemahiran. Pertumbuhan kota dan negara, wujud status sosial, menggunakansistem pengairan untuk pertanian, penggunaan peralatan tembaga dan gangsa serta wujud sistem tulisan, angka dan kalendar. Penggunaan sistem pengairan secara meluas. Penciptaan berteknologi daripada besi, inovasi peralatan baharu, perkembangan perkapalan perkapalan dan perkembangan mata wang syiling sebagai perantaraan perdagangan. Revolusi penternakan, revolusi perdagangan, revolusi teknologi dan revolusi perindustrian. Edward L. Farmers dalam bukunya Comparative History of Civillization in Asia memberikan tujuh ciri utama tamadun, iaitu pertempatan kekal, revolusi pertanian, stratifikasi sosial, kewujudan agama, pengkhususan kerja dan inovasi teknologi, urbanisasi, sistem tulisan.

4.0 INTERAKSI ANTARA TAMADUN

4.1 Pengenalan

Interaksi antara tamadun bermaksud hubungan, pertemuan, komunikasi antara individu, kelompok, masyarakat dan negara.
Interaksi boleh berlaku kerana tujuan tertentu dan secara tidak langsung sama ada di peringkat perkongsian nilai, idea, institusi dan insan. Terdapat empat jenis interaksi iaitu interaksi fizikal, interaksi teologi atau agama, interaksi sains dan teknologi dan akhir sekali ialah interaksi budaya. Interaksi fizikal ialah interaksi yang berlaku sepanjang sejarah manusia. Contohnya masyarakat di India Barat yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Cina dan Eropah, pelbagai bangsa yang hidup dalam tamadun Mohenjodaro dan Harappa dan juga kedatangan orang Arab sebagai penyebar Islam ke Alam Melayu.

Interkasi teologi atau agama merupakan satu sistem yang tertutup. Contonya Sejak znm Heian, agama Shinto di Jepun telah berinteraksi dan menerima unsur ajaran daripada agama Buddha. Ia merupakan sistem kepercayaan yang melengkapi. Unsur kesejajaran Hinduisme dan Buddhisme menunjukkan terdapat konsep moksha, karma dan lain-lain pada kedua-dua ajaran ini. Interaksi sains dan teknologi merupakan kemajuan yang dicapai semasa zaman itu. Contonya empat ciptaan agung Cina tersebar ke seluruh dunia (teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan & kompas). Teknologi membuat kertas daripada Cina ke dunia Arab kemudian ke Eropah dan hubungan Jepun dengan Barat. Jepun mempelajari perkembangan sains dan teknologi moden Eropah dan Amerika Syarikat.

Interaksi budaya ialah interaksi yang terdapat pada keseluruhan tamadun meliputi aspek kehidupan seperti makanan, pakaian, seni bina, seni ukir, muzik dan lain-lain. Contohnya proses akulturasi (pembudayaan) orang Cina dengan masyarakat tempatan dari aspek kebendaan seperti makanan, pakaian, tingkah laku. Faktor-faktor yang membawa kepada interaksi antara tamadun ialah faktor geografi, perdagangan, kepimpinan, agama dan budaya, dan akhir sekali ialah pengalaman sejarah. Faktor geografi menerangkan Kedudukan strategik / laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Ia dipengaruhi oleh tamadun India yang berteraskan Buddhisme & Hinduisme.

Pengaruh agama Islam dalam kebudayaan atau cara hidup masyarakat Melayu. Daya kreativiti manusia menyatakan kreativiti manusia dalam memenuhi tuntutan kehidupan. Pengalaman manusia berinteraksi dengan alam mengajarnya menjadi kreatif. Prinsip seterusnya ialah persaingan manusia iaitu kehendak manusia tidak pernah terbatas. Peningkatan usia, perubahan psikologi dan perubahan cara hidup adalah antara faktor yang mempengaruhi kehendak manusia yang tidak terbatas itu. Selain itu peminjaman kepakaran menyatakan oleh kerana manusia memiliki batasan keupayaan diri, maka manusia sentiasa memerlukan pertukaran bantuan dan kerjasama. Bantuan kadangkala berbentuk peminjaman kepakaran tertentu yang tidak dimiliki oleh sesuatu kumpulan masyarakat, tetapi dimiliki oleh kumpulan masyarakat yang lain. Pada tahap paling minimum, kandungan tamadun sekurang-kurangnya terdiri daripada 6 ciri asas iaitu mempunyai kehidupan dibandar, mempunyai pemerintahan dan kerajaan, mempunyai bahasa dan tulisan, mempunyai sistem perundangan, mempunyai agama dan sistem kepercayaan dan mempunyai pengkhususan dalam pekerjaan.

Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian serta keunikan yang tersendiri. Namun demikian ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu tertutup dan tidak menerima pengaruh luar, sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku antara tamadun. Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. la berlaku di sepanjang sejarah. Interaksi ini melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yang tertentu dan juga dengan pelbagai cara yang berbeza. Interaksi antara tamadun ini terjadi kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Sifat terbuka sesebuah tamadun ini memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Hal ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada menjadi beku dan jumud yang akhirya boleh meruntuhkannya. Proses interaksi antara tamadun berlaku disebabkan pelbagai faktor. Interaksi antara tamadun memberikan dua kesan yang penting iaitu kesan positif dan kesan negatif.

4.2 Contoh-contoh interaksi antara tamadun

Interaksi Tamadun China dan India

Interkasi antara Tamadun China dan India telah berlaku kira-kira pada abad ke-2 S.M. Hubungan ini telah dilaporkan oleh sumber-sumber China klasik merekodkan. Hasil yang didapati daripada interaksi antara kedua tamadun pada ketika itu kurang jelas. Penyebaran agama Buddha ke China pada masa pemerintahan Dinasti Han merupakan kemuncak kepada interaksi antara Tamadun India dan China. Ajaran Buddha sendiri adalah penghasilan daripada Tamadun India yang disebarkan ke dalam masyarakat China. Oleh kerana Budhisme muncul dalam kerangkan budaya masyarakat India,oleh itu telah berkongsi banyak aspek kebudayaan dengan agama Hindu dan aspek-aspek budaya India seperti kesusasteraan, kesenian, muzik dan sebagainya.

Pada permulaannya agak sukar bagi agama Buddha untuk diterima oleh masyarakat China. Ini adalah kerana ajarannya yang tidak sesuai dengan institusi keluarga, politik, etika serta moral orang-orang China yang telahpun diresapi oleh falsafah-falsafah tempatan China terutamanya falsafah Konfucianisme. Secara bernasur-ansur agama Buddha mengalami proses penyesuaian dengan tradisi budaya China namun demikian prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas. Walaupun agama Buddha masuk ke China semasa zaman Han tetapi proses perkembangannya terlalu lambat dan hanya dianuti oleh beberapa orang kerabat diraja. Ia tidak mendapat sambutan yang meluas di kalangan rakyat.

Penterjmahan kitab-kitab ajaran Buddha telah dilakukan dan selepas lebih 700 tahun usaha penterjemahan dilakukan, ajaran-ajaran Buddha telah dibukakan dalam kitab Tripitaka yang meliputi kitab Mahayana dan Hinayana. Kerja-kerja penterjemahan ini telah dilakukan oleh lebih kurang 200 orang penterjemahan. Antara tokoh yang terkenal ialah Sami Fa Hsien dari Dinasti Chin Timur dan Hsuan Tsang dari dinasti Tang. Fa Hsien telah menghabiskan masa selama 15 tahun menggembara ke India melalui Asia Tengah iaitu dari tahun 399 masihi hingga 414 Masihi. Sementara Hsuan Tsang telah melakukan perjalanan ke India antara tahun 629-45 Masihi. Beliau telah menjadi sahabat kepada Raja Hursdha. Selain daripada karya-karya dari India yang diterjemahkan, terdapat juga karya-karya mengenai agama Buddha yang dihasilkan oleh orang-orang China. Buku-buku yang ditulis oleg Fa Hsien dan sami-sami China yang lain tentanhg pengembara-pengembara mereka ke India menjadi sumber penting untuk mengkaji interaksi antara Tamadun India dan China.

Selain daripada agama Buddha, hasil interaksi antara Tamadun India dan China turut menyebabkan beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasilasikan dalam Tamadun China. Muzik dan tarian india telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China. Semasa Dinasti Tang, teknologi membuat gula dari tebu di Tamadun India diperkembangkan di Tamdun China. Kesan posotif kepada India pula didapati di mana beberapa ciptaan sains dan teknologi orang China telah berkembang di dalam masyarakat India. Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas dan lain-lain. Interaksi antara tamadun turut berlaku melalui usaha-usaha penterjemahan. Semasa pemerintahan Dinasti Sui sebanyak 60 koleksi ilmu astronomi India bernama Gautama telah diambil berkhidmat dalam kerajaan Dinasti Tang. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan sistem kalendar China yang lebih tepat daripada tahun 727 Masihi. Jawatan tersebut terus dipegang oleh keturunan beliau selama empat generasi.

Kesusasteraan turut terhasil daripada interaksi antara Tamadun India dan China. Kitab ajaran agama Buddha merupakan contoh hasil sastera yang penting. Kewujudan pelbagai puisi, cerita dongeng, kisah-kisah tauladan, kias ibarat yang berkaitan dengan Buddha telah dipengaruhi penulisan sastera China. Di samping itu kesusasteraan turut menyumbangkan beberapa perbendaharaan kata sanskrit dan pali ke dalam bahasa China. Pengajian fonetik bahasa China telah berkembang hasil pengaruh Tamadun India, perkembangan ini amat penting semasa zaman Dinasti Sui. Perhubungan antara India dan China terus berlansung walaupun selepas kemerosotan agama Buddha di India ke 10 masihi. Perkembangan seterusnya lebih bersifat hubungan diplomatik dan perdagangan.

Interaksi Antara Tamadun Islam dan China

Hubungan orang-orang Arab dengan negeri China telah berlaku sejak abad ke 3 masihi apabila dilaporkan bahawa telah ada utusan Parsi yang pertama dihantar ke istana kerajaan Wei. Orang-orang Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke negeri China iaitu melalui jalan sutera iaitu jalan darat yang merentasi Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking dan juga ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke canton di tenggara China. Menurut catatan-catatan China, mengatakan behawa kapal-kapal China telahpun sampai di Teluk Parsi dan berdagang di pelabuhan Siraf pada abad ke-5 Masihi. Menjelang abad ke-7 Masihi, ramai orang-orang Arab yang membuat petempatan di daerah-daerah di tenggara China seperti Kwang Cho, Chang Chow dan Chuan Cow.

Hubungan perdagangan antara Tanah Arab dengan China menjadi semakin rancak pada abad ke-8 Masihi melalui jalan darat dan laut. Pedagang-pedagang Arabdan Parsi telah mendirikan masjid di Guangzhou. Walaupun terdapat usaha-usaha mengembangkan Islam di China berlaku pada abad ke-8 tetapi ia hanya berjaya selepas beberapa abad kemudian iaitu dengan usaha beberapa orang tokoh muslim tempatan China seperti Wang Daiyu, Ma Zhu, Liu Zhi dan Ma Dexin. Tokoh-tokoh ini turut mempengaruhi hasil tulisan mereka dalam bidang Islam. Tradisi Konfusianisme yang diwarisi oleh tokoh-tokoh tersebut turut mempengaruhi tulisan mereka. Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis China muslim bertajuk Zhengjiou Zengquan yang diterbitkan pada tahun 1642. penulis China ini banyak menggunakan konsep-konsep yang sedia ada dalam ajaran konfusiunisme bagi memperkenalkan Islam kepada masyarakat China melalui tulisannya.

Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun China ini telah memberi faedah kepada kedua-dua tamadun. Tamadun Arab-Islam di Asia Barat telah mempelajari mengenai kompas, teknologi percetakan dan pembuatan kertas serta pembuatan alat letupan. Melalaui Tamadun Arab-Islam, pengetahuan ini kemudiannya disebarkan dalam Tamadun Eropah. Hal yang sama berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan tembikar. Sementara tamadun China pula mendapat ilmu pengetahuan baru seperti pengetahuan tentang perubatan, astonomi, farmasi dan beberapa pengaruh Tamadun Islamdi China ialah semasa zaman Dinasti Tang.

Dari segi senibina interaksi tamadun Islam-Tamadun China telah menyumbangkan kepada pembinaan beribu-ribu masjid dewan membaca al-quran. Reka bentuk masjid dipengaruhi oleh ciri-ciri reka bentuk Arab dan juga China. Masjid berseni bina Arab kebnyakannya terdapat di Xinjiang sementara reka bentuk masjid selepas abad ke-14 lebih dipengaruhi oleh kuil istana China.


Interaksi Antara Tamadun India dengan Tamadun Asia Tenggara.

Interaksi antara Tamadun India dengan Asia Tenggara telah berlaku sejak awal abad Masihi lagi. Hubungan ini berlaku secara aman iaitu melalui perdagangan. Interaksi antara Tamadun India dengan Asia Tenggara telah meninggalkan beberapa kesan penting dalam budaya dan tamadun masyarakat Asia Tenggara.

Dari sudut teologi, interaksi ini telah memberi peluang kepada perkembangan agama Hindu dan Buddha kepada masyarakat Asia Tenggara. Agama Hindu telah diterima sebagai agama yang penting dalam kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara seperti Funan, Chenla, Angkor, Majapahit, Kedah dan lain-lain. Mazhab agama Hindu yang utama ialah mazhab Saivism, Vishnuism dan Brahmanism. Agama Hindu turut mempengaruhi sistem politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep ’Devaraja’. Konsep ini meletakkna kesucian seseorang raja setaraf dengan dewa. Konsep inilah yang menjadi asas kepada konsep daulat dalam tradisi Melayu. Konsep ’devaraja’ ini berkembang dalam masyarakat Khmer terutamanya semasa zaman kerajaan Angkor. Interaksi Asia Tenggara dengan Tamadun India juga telah menyebabkan pengaruh agama Buddha masuk ke Asia Tenggara. Dua mazhab agama Buddha yang berkembang di Asia Tenggara ialah Mahayana dan Hinayana.

Interaksi antara Tamadun India dengan Asia Tenggara turut memberi kesan kepada aspek lain yang penting. Aspek sosial, contohnya kita dapati golongan Brahmin telah memainkan peranan penting dalam masyarakat. Golongan Brahmin adalah golongan pemimpin agama yang menguasai bidang pendidikan. Dalam kerajaan Angkor, golongan Brahmin memainkan penting dalam perkembangan pendidikan. Di samping itu interaksi ini juga menyebabkan tulisan-tulisan tempatan. Bahasa Sanskrit menjadi bahasa penting di istana. Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabrata dan Ramayana menjadi sumber pengajaran awal di Asia tenggara. Aktiviti penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab ini kemudiannya telah dilakukan selepas wujudnya interaksi antara Asia Tenggara dengan Tamadun Islam. Ini kerana kitab-kitanb ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan ditulis menggunakan tulisan jawi iatu tulisan yang datang dari Tamadun Islam.istialh-istilah Sanskrit turut memperkayakan perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara.

Interaksi Asia Tenggara dengan Tamadun India juga membawa banyak pengaruh dari segi kesenian terutamanya alat muzik dari segi seni tarian. Dalam aspek seni bina kita dapati unsur-unsur seni bina India telah bercampur dengan unsur-unsur seni bina tempatan sehingga menghasilkan seni bina yang unggul, contohnya Angkor Wat dan Candi Borobudur.

Dari segi sosial, sistem kasta India kuarng mendapat sambutan di Asia Tenggara. Sistem ini hanya dipraktikkan dalam masyarakat Khmer semasa pemerintahan kerajaan Angkor di Myanmar dan kerajaan Majapahit di Pulau Jawa. Aspek-aspek lain yang kelihatan ialah pengaruh makanan seperti roti canai, kari, dan sebagainya. Hubungan antara masyarakat India dan penduduk Asia Tenggara yang berlaku secara aman menyebabkan wujudnya perkahwinan campur, contohnya barahmin-brahmin India dengan puteri-puteri Angkor serta perkahwinan campur yang berlaku dengan meluas semasa Zaman Kesultanan Melaka. Di samping itu Tamadun India turut dipengaruhi sistem undang-undang di Asia Tenggara contohnya terdapat kaedah undang-undang Hindu yang digunakan dalam undang-undang Melaka dan perundangan majapahit.

Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun India

Hubungan antara orang-orang Arab telah berlaku sejak zaman kerajaan Ma’in dan Saba’ di Arab Selatan. Hubungan awal tersebut adalah hubungan perdagangan. Komoditi perdagangan yang dibawa oleh pedagang-pedagang Islam termasuklah kain, pedang dan yang paling utama ialah hasil rempah. Pada abad ke-5 Masihi telah terdapat pertempatan orang-orang Arab do persisir pantai India. Agama Islam telah bertapak di India sejak abad pertama Hijrah, namun demikian kedudukannya masih lagi lemah. Penyebaran oengaruh Islam dan India melalui pelbagai cara. Perdagangan merupakan cara yang paling awal dan aman. Di samping itu, pengaruh Islamjuga tersebar ke India melalui perperanga. Tentera Islam telah sampai ke kawasan pantai Sind di India sejak zaman Khalifah Umar bin al-Khattb.

Angkatan islam telah berusaha menawan Thana pada tahun 636-37 Masihi tetapi gagal. Semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, sekali lagi tentera Islam telah menyerang Sind iaitu pada tahun 644 Masihi melalui jalan darat. Pemimpin tentera Islam ialah Abdullah bin Amir. Dalam serangan tersebut Sistan dan Makran telah berjaya ditawan. Serangan ke atas Sind dilakukan semulapada tahun 659 Masihi di bawah pimpinan al-Haris tetapi peperangan tersebut dihentikan apabila beliau meninggal dunia di medan perang pada tahun 622 Masihi. Walaupun usaha-usaha penaklukan India dihentikan tetapi orang-orang Arab yang menetap di Multan kemudiannya telah menubuhkan sebuah kerajaan Islam. Penaklukan Islam ke atas India kemudiannya telah dilakukan oleh pemerintah-pemerintah keturunan Turki dan Parsi-Islam.

Interaksi antara Tamadun Islam dan India berlaku amat pesat semasa pemerintahan kerajaan Moghul terutamanya semasa pemerintahan Akbar tidak membezakan antara orang-orang Islam dengan bukan Islam. Beliau mengambil penasihat daripada kalangan orang-orang Islam dan Hindu. Beliau merupakan pemerintah India yang pertama cuba mengharmonikan hubungan antara pengganut-pengganut Islam dan bukan Islam terutamnya Hindu. Bagi mencapai tujuannya beliau telah menggalakkanperkahwinan campur antara orang-orang Islam dengan Hindu. Beliau sendiri mengahwini seorang puteri Hindu dan beliau juga telah meminang puteri-puteri Hindu untuk dikahwinkan dengan putera-puteranya. Dalam usaha mewujudkan keharmonian antara rakyat yang berbilang kaum dan agama, Akhbar telah menggalakkan program-program perdebatan agama di istananya. Beliau adalah seorang pengganut Islam yang fleksibel dan pandangan agamanya banyak dipengaruhi oleh penasihatnya iaitu baginda melihat setiap agama mempunyai kebaikan tersendiri. Beliau telah mempelajari agama-agama lain seperi Hindu, Buddha dan Kristian. Kitab-kitab veda. Mahabrata, Ramayana telah diterjemahkan ke dalam bahasa parsi atas araha beliau.

Dalam hubungan antara dua tamadun ini membawa kepada perkembangan kesusasteraan. Hasil-hasil kesusasteraan Parsi telah berkembang dalam masyarakat India. Semasa kerajaan Delhi, hasil-hasil tulisan India terutamnya yang berkaitan dengan agama Hindu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi. Dua orang tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam aktiviti tersebut ialahZain-ul-’Abidin dari Kashmir dan Husain Shah dari Bengal. Cebdiakawan Islam turut mempelajari mengenai yoga dan Vedanta serta ilmu-ilmu perubatan dan astrologi India. Sementara ahli-ahli astronomi India telah meminjam terma-terma astronomi, pengiraan latitud dan longitud bumi, pengiraan kalendar, bidang horoskop yang dikenali sabagai tajik dan dalam bidang perubatan. Semasa pemerintahan kesultanan Delhi bahasa Urdu telah wujud hasil percampuran antara bahasa-bahasa Hindi, Parsi, Arab dabn Turki. Ia menjadi satu lambang penting interaksi antara Tamadun islam dengan India.

Kehidupan harmoni diwujudkan hasil daripada interaksi antara orang-orang Islam dengan India dapat dilihat dalam aspek pentadbiran. Semasa kesultanan Delhi, kita dapati ramai pegawai-pegawai kerajaan dilantik daripada penganut-penganut agama Hindu, contohnya medini Rai yang dilantik menjadi pegawai tinggi di Malwa, sementara bebarapa tokoh lain seperti purandar, Rup dan Sanatan. Telah dilantik ke pelbagai jawatan di Bengal. Begitu juga kerajaan-kerajaan Hindu telah melantik orang-orang Islam menjadi pegawai-peagawai mereka. Pengasas agama Sikh turut dikaitkan dengan proses interaksi antara Tamadun Islam dan India. Malah agama ini dikatakan hasil daripada percanggahan beberapa ajaran Islam dengan ajaran Hindu. Guru Nanak adalah pengasas ajaran ini. Mantera adalah kata-kata suci ajaran ini telah dicipta oleh beliau bersama-sama seorang pengikutnya yang beragama Islam. Kerangka ajaran Sikh sebenarnya adalah mengikut agama Hindu tetapi terdapat beberapa ajarannya yang dikatakan mempunyai persamaan dengan ajaran Islam.


5.0 KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN

5.1 Kesan positif

Interaksi antara Tamadun Islam dengan Yahudi dan Kristian semasa zaman kemunculan Islam di Tanah Arab telah memberi beberapa kesan positif. Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah hak-hak orang Kristian danYahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberi perlindungan. Mereka telah diberi kebebasan mengamalkan tuntutan agama mereka tanpa sebarang gangguan baik daripada Nabi Muhammad s.a.w. ataupun umat Islam yang lain. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam kerajaan Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Begitu juga di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.

Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke negeri China melalui interaksi ini. Di samping itu terdapat kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan, contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut diperkembangkan di China oleh ahli-ahli astronomi India. Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan positif kepada Tamadun India ialah berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan pengunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India. Interaksi antara Tamadun India dan China berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

Antara interaksi Tamadun Islam dan China yang turut memperlihatkan kesan positif ialah proses interaksi secara aman iaitu melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Hasil daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di China. Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming, telah muncul beberapa orang tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran. Kesan penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di negeri China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Perkembangan seterusnya menyebabkan munculnya cendiakawan-cendiakawan Islam tempatan yang mahsyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Cendiakawan-cendiakawan tempatan ini telah mencari keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat China. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Disamping itu interaksi ini turut menemukan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China contohnya dalam bentuk masjid-masjid di China hari ini.

Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman iaitu melalui perdagangan. Namun demikian kedatangan pengaruh Islam di Asia Tenggara ataupun khususnya ke Kepulauan Melayu dikatakan dari tiga kawasan yang berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India dan China. Teori-teori ini telah diperbincangkan dengan hangat dan beberapa bukti yang berkaitan telah dikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi meyokong pendapat mereka. Namun apa yang lebih penting bagi kita ialah kesan yang didapati daripada hubungan ini. Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah melahirkan beberapa kesan positifyang penting. Kesan yang paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. la juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positif boleh juga dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan serta istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Di samping itu terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat China yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik negeri China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 – 1368 Masihi ) yang pernah menyerang Myanmar ( Komboja ) dan jawa pada abad abad ke-13 Masihi.

Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada hubungan antara Tamadun China-Jepun. Jepun telah mendapat faedah yang banyak hasil daripada hubungan ini. Tamadun China telah menyumbangkan beberapa perkara penting ke dalam Tamadun Jepun. Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu agama Shinto. Walaupun asimilasi ini berlaku tetapi ia tidak mengubah identiti ajaran Buddha. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun. Tulisan China telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan China telah memainkan peranan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam Tamadun Jepun. Di samping dua kesan positif yang penting ini, Tamadun China turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun, contohnya upacara minum teh, seni taman, serta struktur pembinaan bandar. Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran Kofusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun. Manakala konsep mandat dari syurga telah memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal dari keturunan Dewi Amaterasu. Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.

5.2 Kesan negatif

Adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa interaksi antara tamadun hanya menghasilkan kesan positif. Sebaliknya interaksi antara tamadun turut menghasilkan kesan negatif. Di Eropah, misalnya, hubungan antara orang-orang Kristian dan Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada hubungan yang tidak baik ini menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat dari-pada faktor-faktor perbezaan agama, ketidak seimbangan ekonomi dan sosial.Begitu juga halnya dengan hubungan orang-orang Islam dan Kristian dalam Zaman Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri perang ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai Perang Salib. Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam danYahudi. Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik. Di India juga, hubungan antara penganut Islam dan Hindu sentiasa berada dalam keadaan tegang.

Terdapat peristiwa-peristiwa di mana orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu serta kuil-kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam. Contohnya raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara-upacara keagamaan Hindu. Semasa zaman pemerintahan Moghul, Aurangzeb adalah raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganut-penganut Hindu. Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain lagi. Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat lihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendiakawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut.

Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China. Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di China. Permusuhan antara orang-orang Islam dengan orang-orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. Contohnya pada abad ke-8 Masihi, penduduk Han di tenggara China telah mewujudkan permusuhan dengan orang-orang Islam kerana iri hati terhadap kemewahan yang dinikmati oleh orang-orang Islam yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pada tahun-tahun 758 Masihi dan 876 Masihi telah berlaku pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkan ramai orang-orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton. Pemberontakan pada tahun 876 Masihi bukan sahaja bersifat anti-Islam tetapi juga anti orang asing. Pemberontakan ini menyebabkan lebih kurang 120 000 hingga 200 000 orang asing telah dibunuh termasuk orang-orang Islam. Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan ramai orang-orang Islam telah lari dari China dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah. Hubungan orang-orang Islam dengan penduduk tempatan China turut terjejas semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada pengukuhan ajaran Konfusianiame. Orang-orang Islam mendapat layanan yang tidak adil daripada pemerintah Ching. Rasa tidak puas hati penganut-penganut Islam disokong pula oleh perkembangan pengaruh gerakan Kaum Muda ataupun Wahabi di kalangan orang-orang China Islam. Rasa tidak puas hati orang-orang Islam telah menyebabkan berlakunya beberapa siri pemberontakan semasa pemerintahan Dinasti Ching iaitu Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi), Pemberontakan Kansu (1781 Masihi), Pemberontakan Jehangir (1820-27 Masihi), KebangkitanYussof Syamsuddin (1828-31M), pemberontakanYunan (1850-68 Masihi), Pemberontakan Shensi dan Kansu (1862 Masihi), Kebangkitan Sinkiang (1864-77 Masihi).

Antara faktor-faktor perkembangan pembinaan dan kemerosotan tamadun manusia ialah pegangan kepada agama, semangat kerjasama yang tinggi dan rasa kekitaan, keselesaan hidup dan kemewahan, kepimpinan dan politik, ekonomi dan hijrah. Interaksi antara tamadun bersifat terbuka. Sifat ini perlu bagi memastikan tamadun itu tidak akan bergerak secara bersendirian tetapi mempunyai maklumat dan idea daripada tamadun lain bagi membolehkan idea itu digarap bagi kepentingan tamadunnya dan dalam masa yang sama dapat dipersembahkan kepada tamadun lain. Faktor ini juga merupakan prasyarat kepada tersebarnya tamadun pada peringkat pertama. Prinsip ini juga penting bagi menjauhkan sesuatu tamadun itu daripada kejutan ketika mendapati pada masa yang sama tamadun lain lebih menonjol daripadanya. Interaksi antara tamadun mengutamakan kepentingan sejagat dan selaras dengan sifat semulajadi manusia. Kesajagatan atau universaliti adalah ciri yang tidak kurang pentingnya dalam proses interaksi antara tamadun. Sebagai contoh, perkembangan pesat tamadun Yunani dalam bidang falsafah dan keilmuan bertaut dengan tamadun Islam dan melebarkan perbincangan yang bersandarkan falsafah pemikiran. Keinginan manusia yang universal untuk hidup dalam suasana penuh aman dan harmoni, menyebabkan secara tidak langsung lahir lain tamadun yang mendukung cita-cita yang sama merasa terpanggil untuk tampil memberi bantuan dan sokongan kepada sesama mereka. Antara faktor-faktor interaksi antara kaum ialah kempimpinan iaitu contoh kepimpinan yang tersohor sepanjang zaman ialah kepimpinan nabi Muhammad SAW ke atas umat Islam seluruh dunia. Seterusnya ialah keagamaan iaitu menyumbang kepasa berlakunya interaksi antara tamadun. Faktor lain ialah ilmu iaitu proses ini memberi kesan kepada pembangunan dan perkembangan suatu tamadun. Faktor seterusnya ialah perdagangan iaitu antara faktor terawal yang mendorong berlakunya interaksi antara tamadun.


7.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

7.1 Pengenalan

Tamadun mempunyai dua bentuk yang penting iaitu tamadun spritual dan tamadun material. Tamadun-tamadun utama di dunia mempunyai persamaan dan perbezaan baik dalam aspek spiritual mahupun material. Persamaan dan perbezaan antara ini boleh dilihat dalam pelbagai segi meliputi aspek-aspek teologi, etika, pemikiran, kebudayaan dan kesenian serta pencapaian-pencapaiannya. Etika terbahagi kepada beberapa perkara penting iaitu alam sekitar, keluarga, komuniti, kerajaan, kegiatan ekonomi, pendidikan dan kesihatan.

7.2 Teologi

Di antara tamadun-tamadun besar terdapat persamaan dan perbezaan dalam bidang teologi. Kepercayaan kepada tuhan merupakan asas yang utama dalam Islam, Kristian, Yahudi dan Hinduisme. Konsep monoteisne terdapat dalam agama Islam, Kristian, Yahudi dan Hinduisme adalah berbeza dengan Islam. Agama Islam, Kristian dan Yahudi telah dikembangkan oleh nabi-nabi yang mendapat wahyu dari Allah s.w.t. sebaliknya kewujudan agama Hindu adalah agak sukar kabur dan agama in tidak mempunyai pengasas ataupun nabi. Hubungan yang rapat antara Islam dan Kristian serta Yahudi dijelaskan dalam al-Quran dan pengganut-pengganut agama Kristian dan Yahudi dikenali sebagai Ahl-al-kitab. Teologi ialah aspek tamadun spritual yang penting bagi sesebuah masyarakat.

Sementara Buddhisme bukanlah satu doktrin agama ataupun metafizik tetapi lebih merupakan sebuah ajaran moral dan etika. Dalam ajaran Buddhisme tidak membincangkan mengenai konsep ketuhanan sebaliknya membicangkan perilaku-perilaku yang sepatutnya diamalkan oleh manusia demi untuk melepasi kesengsaraan hidup dan mencapai pembebasan diri atau nirvana. Oleh kerana Buddhisme terbentuk dalam kerangka sosio budaya masyarakat India maka tidak dapat dinafikan terdapat beberapa konsep Buddhisme yang dapat dicari persamaanya dalam ajaran-ajaran Hinduisme.

7.3 Etika

Pendidikan

Pendidikan merupakan aspek yang penting dalam setiap tamadun. Pendidikan bertujuan untuk pembentukan peribadi seseorang individu. Berasaskan matlamat ini menjadikan tugas mengembangkan ilmu pengetahuan adalah satu tanggungjawab yang mulia. Kesedaran ini menjadikan dimensi inner being diberi kepentingan dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduismedan agama-agama lain. Transformasi dalaman mestilah dilakukan atau berlaku pada seseorang individu sebelum dia dapat menguasai persekitaran luarannya. Apa yang membezakan antara agama-agama dan tamadun tersebut ialah cara bagaimana transformasi itu dilakukan dan apakah elemen-elemen yang dipentingkan. Dalam tamadun Islam, konsep tauhid memainkan peranan pentingdalam transformasi manusia. Sebaliknya dalam ajaran-ajaran Buddha dan beberapa ajaran hindu, transformasi sifat dapat dicapai memalui proses mencari diri sendiri.

Ekonomi

Kegiatan ekonomi dalam tamadun-tamadun awal berlansung dalam konteks ’moral semesta’. Oleh itu muncul konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddha sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada ajaran jalan lapan lapis. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia. Konsep ’wang’, laba, ganjaran, pasaran dan sebagainya sangta dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan moral. Penipuan, riba, rasuah dan bentuk-bentuk penyelewengan lain amat ditegah dalam islam. Sementara Tamadun China yang kuat dipengaruhi oleh falsafah Konfusianisme memandang rendah kepada golongan pedagang kerana golongan ini dikatakan sentiasa terlibat dengan penipuan dan untung yang merupakan elemen-elemen yang buruk mengikut ajaran Konfusianisme. Seperti mana ajaran islam unsur-unsur rasuah, riba dan penipuan adalah amat dilarang dalam ajaran Kristian. Kegiatan ekonomi yang dijalankan juga terikat dengan konsep halal dan haram...

Komuniti

Komuniti atau masyarakat merupakan unit yang penting dalam hidup setiap tamadun. Identiti individu mempunyai kaitan yang rapat dengan komunitinya. Perkaitan yang sangat rapat ini menyebabkan sebilangan besar pengkajinya berpendapat bahawa identiti seseorang individu terbentuk daripada komunitinya. Atau dalam lain perkataan identiti seseorang individu ialah cerminan komuniti yang diwakilinya. Identiti ini dapat dilihat dari pelbagai sudut, contohnya dari segi pemikiran, pandangan semesta, sikap, perilakuserta lain-lain. Komuniti adalah satu lagi bentuk sistem sokongan yang penting bagi seseorang individu. Seseorang individu mendapat sokongan moral, psikologikal dan kadangkala material daripada komunitinya. Jarang berlaku percanggahan antara identiti individu dengan identiti komunitinya.

Lazimnya identiti kedua-dua pihak dibentuk oleh sistem agama dan kepercayaan, nilai-nilai moral yang juga bersumberkan agama dan adat resam. Ikatan individu-individu dalam sesebuah komuniti ditentukan oleh pelbagai bentuk ikatan. Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam Tamadun Islam. Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekerabatan tetapi juga hubungan sesama agamadan hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang islam dengan jiran yang bukan islam. Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. menggariskan dengan jelas hak dan tanggungajawab seseorang individu Islam terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran-jiran tersebut. Bagi mengekalkan persaudaraan dan perpaduan di dalam komuniti, Islam memberi perhatian kepada perasaan kasih sayang dan sikap tolak ansur. Semua individu dalam komuniti mesti menunaikan tanggungjawab mereka dengan sempurna untuk menjaga komuniti tersebut daripada kerosakan. Pembentukan komuniti yang kukuh ini penting dalam pembentukan sebuah negara atau kerajaan yang kuat.

7.4 Politik dan Kerajaan

Falsafah tamadun-tamadun tradisional menekankan moraliti atau akhlak sebagai asas kerajaan peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab pemerintah. Raja merupakan gelaran tertinggi kepada pemerintah dan hampir kesemua tamadun dunia. Terdapat terma-terma lain yang digunakan untuk kedudukan tersebut, antaranya ialah Khalifah, sultan, maharaja, ratu, dan sebagainya. Seseorang pemerintah tertinggi mestilah mempunyai akhlak yang baik. Adil ialah prisip asas yang mesti dimiliki oleh seseorang pemerintah. Dalam Tamadun China, pemikiran falsafah-falsafah yang diasaskan oleh Kung Fu Tse, Meng Tse, Lao Tse dan ramai lagi tokoh-tokoh memberi penekanan kepada sifat-sifat yang perlu ada pada seorang raja atau pemerintah. Begitu juga dengan Tamadun India, Kautilaya membincangkan aspek-aspek kepimpinan.

Dalam Tamadun awal masyarakat Melayu, kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diebri oleh raja kepada rakyatnya adalah dimensi yang penting. Kosep kesetiaan yang kuat dalam Tamadun Melayu sehingga melahirkan kata-kata seperti takkan Melayu menderhaka. Penderhakaan merupakan jenayah yang paling berat hukumannya dalam budaya Melayu. Sorang penderhaka akan menerima hukuman bunuh.

Dalam Tamadun China, ajaran Confucius telah memberi satu garis panduan mengenai hubungan antara pemerintah dengan rakyatnya. Pemerintah mastilah berperanan sebagai bapa kepada rakyatnya. Ini bermakna, seseorang raja perlulah mempunyai moral yang baik kerana baginda akan menjadi pelindung kepada rakyatnya. Tanpa sifat-sifat yang sedemikian mandat atau kelayakan seseorang raja memerintah sesebuah dinasti akan terhapus. Namun demikian Confucius tidak menganjurkan rakyat menentang raja yang tidak mempunyai moral yang baik oleh Tien melalui pelbagai bala bencana seperti banjir, peperangan dan sebagainya.

7.5 Institusi

Agama merupakan unsur yang penting dalam tamadun. Setiap agama mempunyai institusinya yang tersendiri, contohnya masjid dalam agama Islam, gereja dalam agama Kristian, kuil bagi agama Hindu dan Buddha. Institusi ini memainkan peranan penitng dalam tamadun-tamadun tersebut. Institusi ini memainkan peranan penting dalam tamadun-tamadun tersebut. Institusi-institusi mempunyai peranan tersebut berperanan sebagai tempat ibadah dan upacara-upacara keagamaan tertentu. Di samping peranan tersebut institusi-institusi ini juga mempunyai fungis-fungsi sosial, ekonomi dan sosial. Masjid merupakan tempat perhimpunan penting bagi umat Islam. Dalam Tamadun Islam, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dilakukan di masjid. Nabi Muhammad s.a.w telah menjadikan masjid sebagai pusat pentadbiran Islam semasa zaman pemerintah Islam di Madinah. Baginda juga menjadikan masjid sebagai pusat ilmu pengetahuan yang mana baginda sendiri telah menjadikan masjid sebagai tempat mengajar, apabila rumahnya sudah tidak dapat memuatkan jemaah-jemaah yang belajar dengan baginda.

Begitu juga dengan peranan gereja dalam Tamadun Barat. Gereja bukan hanya menjadi tempat ibadat tetapi juga merupakan pusat kegiatan sosial masyarakat setempat. Di samping itu gereja juga memainkan peranan pentingdalam perkembangan ilmu pengetahuan di Barat. Paderi-paderi adalah golongan cendiakawan yang menjadi guru mengajar kanak-kanak setempat. Perkembangan inilah yang kemudiannya melahirkan sekolah-sekolah missionary yang mana sekolah-sekolah dalam bentuk yang formal tetapi dibina serta dibiayai oleh pertubuhan-pertubuhan agama Kristian. Kuil dalam agama Hindu dan Buddha juga memainkan peranan yang sama. Pada peringkat awal perkembangan kedua-dua agama ini, kuil bukan hanya merupakan tempat beribadat tetapi juga sebagai pusat pendidikan bagi mengajar ilmu-ilmu keagamaan. Bagi agama hindu, golongan Brahmin iaitu sami-sami Hindu adalah golongan terpelajar. Sumber-sumber ajaran agama Hindu dalam ktab-kitab Veda, Mahabrata dan Ramayana yang ditulis dalam bahasa Sanskrit hanya boleh difahami oleh golongan tersebut. Oleh itu, golongan Brahmin memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan. Hal yang sama berlaku kepada kuil-kuil Buddh, sami-sami Buddha yang fasih berbahasa Pali dan Sanskrit adalah sumber untuk masyarakat untuk memahami ajaran-ajaran Buddha.

RUMUSAN

Dalam perbincangan ini perkara mengenai tamadun sukar ditakriskan dengan satu makna yang tepat. Ini kerana kebnyakan sarjana membuat tafsiran mereka sendiri mengikut apa yang ada pada sesebuah tamadun itu. Tamadun Barat ditafsirkan dengan mempunyai penekanan soal material. Manakala Tamadun Islam lebih menekankan soal etika dan moral dalam pembinaan sesebuah tamadun. Sementara itu, pembinaan Tamadun Mesir, Mesopotamia, India dan China juga tidak boleh lari dari soal penumpuan material dan etika. Sementara itu sarjana-sarjana tertentu mempunyai pandangan berbeza mengenai tamadun. Namun demikian yang pasti tamadun dikaitkan mengenai soal pencapaian yang tinggi dan ketinggian hidup sesebuah masyarakat dalam pelbagai aspek termasuk soal etika.

Pencapaian dan ketinggian hidup ini boleh dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan manusia seperti perbandaran. Sifat-sifat sesebuah bandar teratur merupakan ciri penting dalam tamadun. Di sini juga merupakan pusat bagi aktiviti tamadun sama ada pemerintahan, ekonomi, kesenian, agama, budaya dan ketenteraan. Oleh itu bandar boleh dijadikan modul untuk melihat tamadun itu. Disebabkan pentingnya bandar ini maka perkataan tamadun mahupun civilization bertitik tolak dari perkataan bandar iaitu madinah dan civitas. Sesebuah tamadu klasik, ia pernah menempuh tiga tahap utama iaitu tahap kelahiran, pembangunan dan kemerosotan. Kelahiran sesebuah tamadun biasanya dikaitkan dengan adanya sumber-sumber material yang membantu perkembangannya. Sungai merupakan sumber penting dalam membina dan melahir sesebuah tamadun. Namun demikian tidak semua dibina oleh unsur material. Tamadun Islam misalnya bermula dari wahyu. Daripada dua punca yang melahir tamadun itu, maka muncul tamadun dan ia mula diransangkan dengan kepesatan kehidupan manusia yang akhirnya membawa kepada zaman perkembangan atau sesetengah tamadun meletaknya sebagai era keemasan. Dari era ini munculnya ketidakcekapan pemerintahan dan pentadbiran. Selain itu unsur-unsur lain seperti bencana alam dan serangan musuh membantu kepada kejatuhan sesebuah tamadun itu.

1 comment:

  1. boleh tanya tak rujukan ni daripada mana ye?

    ReplyDelete